Harian Metro

Pemandu van sekolah langgar budak didakwa

-

Pemandu van sekolah yang ditahan berkaitan kes kemalangan mengorbank­an seorang murid tahun satu di Seksyen 18 di sini, Selasa lalu, akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya hampir melengkapk­an sepenuhnya siasatan kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Setakat ini, lelaki berusia 66 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 12 tengah hari tadi (semalam) selepas direman tiga hari.

“Hasil siasatan mendapati wujud beberapa aspek kecuaian pemandu van itu dalam kejadian berkenaan.

“Kertas siasatan sedang disiapkan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kita akan memohon pendakwaan dilakukan secepat mungkin,” katanya dihubungi Harian Metro semalam.

Kata Baharudin, polis sudah selesai merekodkan keterangan saksi kejadian bagi membantu siasatan.

“Namun kita akan mengambil keterangan saksi bebas lain untuk melengkapk­an lagi siasatan.

“Semakan mendapati pemandu van itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saman lalu lintas,” katanya.

Beliau turut menasihati pengusaha dan pemandu bas atau van sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian sama berulang.

 ??  ?? BAHARUDIN
BAHARUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia