Harian Metro

Peragut terlanggar kereta ketika cuba melarikan diri

-

Sengaja cari bala! Itu yang terjadi apabila seorang peragut cedera merempuh sebuah kereta ketika cuba melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi kelmarin itu, suspek yang berusia 40 tahun dikatakan baru meragut beg seorang penunggang motosikal di Jalan Sungai Lalang, Semenyih di sini.

Suspek kemudian cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah

Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd

Yusoff, berkata, suspek dikatakan meragut beg yang diletakkan di dalam raga motosikal milik mangsa berusia 25 tahun

“Bagaimanap­un, ketika suspek cuba untuk melarikan diri, dia terlanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentang­an, kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa di ragut.

“Suspek kemudian berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai yang berada di lokasi kejadian,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam.

Di samping itu, Ahmad Dzaffir berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

“Antaranya suspek terbabit dalam satu kes samun dan tiga kes dadah.

“Ujian air kencingnya juga didapati positif dadah jenis methamphet­amine.

“Kami percaya suspek terbabit dalam 12 kes ragut sekitar Semenyih dan Jalan Sungai Lalang.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan ragut dan samun yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum selama 14 tahun atau denda dan boleh dikenakan sebatan,” katanya.

 ??  ?? PERAGUT yang ditahan selepas terbabit dalam kemalangan di Semenyih, kelmarin.
PERAGUT yang ditahan selepas terbabit dalam kemalangan di Semenyih, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia