Harian Metro

Drebar bas maut gagal pintas lori

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@nstp.com.my

Gagal memotong kenderaan di hadapan menyebabka­n seorang pemandu bas maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitka­n dua lori dan sebuah bas ekspres di Kilometer 32.8 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 1.50 pagi itu, pemandu bas, Mohd Azizi Abdul Ghani, 37, maut di lokasi manakala dua penumpang wanita berusia 23 dan 28 tahun cedera.

Pemandu yang membawa lori muatan habuk kayu berusia 43 tahun cedera manakala kelindanny­a berusia 17 tahun parah.

Gerik

Seramai 28 penumpang bas ekspres berkenaan dan pemandu serta kelindan sebuah lagi lori yang turut terbabit dalam nahas terbabit bagaimanap­un tidak cedera.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik

(JSPT) Perak, Superinten­dan Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 2 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Gerik menghala ke Jeli.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, bas terbabit memotong lori yang membawa muatan dawai besi yang berada di hadapan.

“Akibat jarak terlalu dekat dengan sebuah lori yang membawa muatan habuk kayu dari arah bertentang­an, bas terbabit tidak dapat mengelak dan merempuh bahagian hadapan sebelah kanan lori terbabit serta menghimpit lori muatan dawai besi itu,” katanya.

Ahmad Adnan berkata, akibat kemalangan itu, pemandu bas maut di lokasi kejadian selepas ditemui tersepit di tempat duduk pemandu dan dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Tampin

Beberapa pelanggan yang sedang menjamah roti canai bergegas menyelamat­kan diri apabila treler 40 tan ‘menjengah’ masuk ke sebuah restoran di Dataran Satria, Gemas di sini, semalam.

Dalam kejadian 7.30 pagi, treler yang membawa muatan tanah liat itu hilang kawalan lalu merempuh sebatang tiang di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin Superinten­dan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari Gua Musang, Kelantan menuju ke Kluang, Johor.

Katanya, ketika tiba di persimpang­an lampu isyarat di Jalan Gemas-Tampin, kenderaan berat itu cuba mengelak daripada merempuh sebuah kenderaan di hadapan.

“Akibatnya, ia hilang kawalan lalu terbabas di sebelah kiri simpang menuju ke restoran.

“Treler berkenaan merempuh bahagian tepi premis namun bernasib baik kerana tidak memasuki dalam restoran,” katanya.

Menurut Ramli, kejadian itu menyebabka­n pekerja dan pelanggan restoran bertempiar­an melarikan diri.

Menurutnya, buat masa ini pemilik restoran belum dapat menganggar­kan jumlah kerugian meskipun bahagian hadapan premis, meja makan serta kerusi rosak.

Ujian air kencing ke atas pemandu treler terbabit mendapati lelaki itu positif syabu dan pihak polis akan mendapatka­n perintah reman di Mahkamah Majistret Tampin hari ini,

“Lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan,” katanya.

Pelanggan bertempiar­an lari treler muatan tanah liat

terbabas rempuh restoran

 ??  ?? LORI treler terbabas dikatakan selepas mengelak daripada merempuh kenderaan di hadapan.
LORI treler terbabas dikatakan selepas mengelak daripada merempuh kenderaan di hadapan.
 ??  ?? PEMANDU bas maut di tempat duduknya dalam kejadian jam 1.50 pagi semalam.
PEMANDU bas maut di tempat duduknya dalam kejadian jam 1.50 pagi semalam.
 ??  ?? RUANG hadapan restoran rosak dirempuh lori treler.
RUANG hadapan restoran rosak dirempuh lori treler.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia