Harian Metro

Peniaga kecewa keputusan lambat

-

“Saya kecewa kerana hingga kini Kementeria­n Kesihatan gagal memberi keputusan sampel makanan yang diambil selepas mendakwa laksa kebok sebagai punca keracunan,” ujar peniaga laksa, Daud Ismail, 51.

Dia berkata rumahnya di Kampung Landak, Kupang di sini, dikunjungi pegawai kesihatan yang melakukan pemeriksaa­n dan mengambil sampel makanan untuk diuji lima kali.

Katanya, dia dan keluarga menunggu sejak Isnin lalu, bagi mengetahui keputusan ujian ke atas sampel makanan yang dikatakan dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan.

“Saya tidak diberikan jawapan hingga hari ini, lebih teruk saya tidak dapat meneruskan perniagaan sekali gus menjejaska­n pendapatan harian.

“Sejak 8 Oktober lagi perniagaan saya diarah tutup tetapi selepas seminggu, tidak ada jawapan diberikan sedangkan pelbagai sampel makanan diambil untuk ujian makmal,” katanya ketika ditemui semalam.

Media sebelum ini melaporkan Kementeria­n Kesihatan mengesahka­n 61 kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling dengan dua kematian membabitka­n mangsa Raseah Ali Musa, 70, dan orang kurang upaya (OKU), Abdul Rahim Abdul Manan, 28, yang kedua-duanya berasal dari Gerik, Perak.

Daud sedih kementeria­n mengeluark­an pelbagai kenyataan mengaitkan laksanya sebagai punca keracunan sedangkan keputusan sampel belum diketahui.

“Adakah laksa kebok yang diusahakan saya sejak 15 tahun lalu menjadi punca keracunan itu? Jika bukan sudah tentu semua ini merosakkan punca rezeki kami sekeluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia