Harian Metro

MALANG SI PENCOPET

- Iskandar Shah Mohamed cnews@nstp.com.my

„ Lelaki ditahan selepas mencuri dompet mangsa tertinggal beg tangan dalam bas

Tindakan seorang pengawal keselamata­n mencuri dompet penumpang wanita dalam sebuah bas di sekitar daerah ini Ahad lalu memakan diri apabila dia ditahan polis jam 1.15 pagi semalam.

Kejadian itu tular selepas kamera litar tertutup (CCTV) merakam perbuatan lelaki berusia 30 tahun terbabit yang turut berada dalam bas Rapid Selangor berkenaan.

Rakaman video itu memaparkan seorang wanita bersama tiga kanak-kanak perempuan duduk di bahagian belakang sebelum mereka turun bersama daripada kenderaan awam berkenaan.

Wanita yang turut membawa beg galas itu bagaimanap­un tertinggal beg tangan sebelum disedari suspek yang kemudian menyelongk­ar dan mencuri dompetnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa menaiki bas itu di Seksyen 19 di sini, kira-kira jam 9 pagi.

“Menyedari beg tangannya tertinggal, dia kemudian kembali bertanyaka­n kepada pihak syarikat bas namun mendapati dompetnya sudah tiada.

“Hasil maklumat, kami menahan suspek di sebuah rumah di Seksyen 20 dan menemui barangan milik mangsa seperti MyKad dan lesen memandu,” katanya.

Menurut Baharudin, suspek yang masih bujang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah namun saringan air kencing ke atasnya didapati negatif bahan larangan itu.

 ??  ??
 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n mangsa tertinggal beg tangan sebelum turun bersama anak. Gambar kanan, suspek mencuri dompet mangsa.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n mangsa tertinggal beg tangan sebelum turun bersama anak. Gambar kanan, suspek mencuri dompet mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia