Harian Metro

RAHSIA TUN M KEKAL SIHAT

- Rohaniza Idris, Jumiati Rosly dan Esther Landau cnews@nstp.com.my

Pernah aktif dalam sukan ragbi ketika bersekolah menengah antara rahsia Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki minda dan badan sihat hingga kini.

Perdana Menteri berkata, beliau bukan ahli sukan, tetapi tidak mahu ketinggala­n bersukan kerana ia membantu mencergask­an badan dan minda.

“Saya bukan ahli sukan. Ketika bersekolah dulu saya tidak tahu bersukan sangat, saya hanya tahu main ragbi.

“Ragbi ini tidak perlu kecekapan apapun yang perlu hanya kalau kita berani hantuk kepala orang lain. Ia banyak mengajar saya ‘berkelahi’ dengan orang lain,” katanya berseloroh ketika berucap di hadapan kira-kira 25,000 peminat sukan ketika merasmikan sempena Hari Sukan Negara di sini, semalam.

Penonton menyatakan kekaguman apabila Dr Mahathir menyatakan beliau pernah terbabit sukan ragbi.

Hari Sukan Negara yang disambut serentak di seluruh hari ini dengan pembabitan 1 juta orang.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Dr Mahathir turut mendedahka­n rahsia beliau kekal cergas dan aktif kerana beliau terus menggunaka­n otak untuk berfikir, ‘berperang’ dan ‘berkelahi’ dengan ramai orang.

Katanya, ragbi yang disertainy­a ketika zaman sekolah sedikit sebanyak mendidik beliau untuk ‘berkelahi’ dengan ramai orang.

“Otak kalau tidak kita gunakan akan menjadi lemah sebab itu kita perlu selalu menggunaka­nnya begitu juga badan.

“Persekitar­an tempat kerja kita kini tidak memerlukan kita menggunaka­n otot, kita tidak banyak bergerak maka badan tidak cergas,” katanya.

Dr Mahathir turut membayangk­an pada masa depan acara sukan turut diperkenal­kan dalam penerbanga­n jarak jauh.

“Baru-baru ini, saya ada baca yang Singapore Airlines membuat penerbanga­n 17 jam tanpa henti ke New York.

“Dengan penerbanga­n sejauh itu, tidak banyak yang dapat kita buat. Jadi mungkin masa depan, kita boleh buat futsal dalam kapal terbang bagi mengisi masa lapang yang panjang dalam penerbanga­n itu,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau mahu atlet negara tidak terpengaru­h dengan budaya menerima rasuah.

“Jangan! Apabila ada orang sogok duit, kita terima dan buat gol sendiri. Kita kena jaga pasukan kita untuk dapat kemenangan.

“Dulu kita cekap dalam sukan bola sepak untuk Piala Merdeka. Orang Jepun dan Korea pun sertai mereka berkaki ayam, kita pakai kasut bola masa itu, tetapi kini mereka sudah masuk Piala Dunia...Malaysia tidak masuk pun,” katanya

Justeru, katanya, pasukan negara perlu berusaha kerana beliau percaya jika ada usaha yang lebih sikit mereka boleh berjaya.

Otak sentiasa aktif berfikir, ‘berperang’

 ?? Tun Dr Mahathir Mohamad ?? DR Mahathir bersama isteri, Dr Siti Hasmah serta Syed Saddiq (empat dari kanan) melepaskan peserta kayuhan santai sempena Hari Sukan Negara 2018 di Stadium Bukit Jalil, semalam.
Tun Dr Mahathir Mohamad DR Mahathir bersama isteri, Dr Siti Hasmah serta Syed Saddiq (empat dari kanan) melepaskan peserta kayuhan santai sempena Hari Sukan Negara 2018 di Stadium Bukit Jalil, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia