Harian Metro

Penguatkua­saan kasut hitam bermula 2021

-

Kuala Lumpur: Tidak perlu tergopoh-gapah membelikan kasut sekolah hitam untuk anak berikutan pelaksanaa­n pemakaian kasut hitam oleh lebih lima juta murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara hanya akan dikuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.

Kementeria­n Pendidikan ketika mengumumka­n perkara itu semalam, menjelaska­n keputusan berkenaan diambil selepas mempertimb­angkan pandangan semua pihak berkepenti­ngan, merangkumi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), murid, pentadbir sekolah, pertubuhan bukan kerajaan dan rantaian sektor pembekal.

“Bagi maksud pelaksanaa­nnya, kementeria­n juga bersetuju pemakaian kasut hitam perlu dilaksanak­an secara beransur-ansur mulai sesi persekolah­an 2019 dan diperluask­an penggunaan­nya pada 2020.

“Dalam tempoh peralihan itu, murid dibenarkan memakai kasut putih,” katanya, semalam.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada 29 Julai lalu dilaporkan berkata, murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan memakai kasut hitam mulai 2019 susulan maklum balas dan keluhan daripada ibu bapa yang sering mengadu mengenai tahap kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Katanya, langkah itu membantu menceriaka­n para pelajar terutama dalam menjalanka­n aktiviti luar bilik darjah.

Mengulas lanjut, kementeria­n dalam kenyataan sama menegah pihak sekolah daripada mengadakan peraturan atau memaksa murid memakai kasut hitam sepanjang tempoh peralihan dua tahun yang diperuntuk­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia