Harian Metro

MAKAN ANGIN KOMBI

„ Pemuda jual semua kenderaan klasik Volkswagen dimiliki untuk bawa keluarga melancong

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@hmetro.com.my

Mencari kepuasan untuk ‘melancong’ bersama keluarga dengan memandu jentera klasik mendorong Mohd Firdaus Ramlan, 35, berbelanja besar untuk memiliki van Volkswagen Kombi.

Mohd Firdaus yang juga pekerja syarikat cari gali minyak dan gas sudah melabur hampir RM300,000 untuk memiliki pelbagai jenis kenderaan klasik seperti Vespa, Mini, Volkswagen Beetle dan terkini

Volkswagen Kombi.

Menurut Mohd Firdaus, dia menjual semua kenderaan klasik seperti Vespa, Mini dan Volkswagen Beetle sebelum membeli Volkswagen Kombi.

“Ia (Volkswagen Kombi) lebih praktikal untuk saya yang sudah berumah tangga dan mempunyai empat anak.

“Dengan Kombi ini, kami mampu menjelajah seluruh negara untuk melancong sama ada dalam keluarga kecil saya ataupun secara konvoi bersama rakan (pengumpul kenderaan klasik).

“Isteri juga memberi sokongan penuh kepada saya berbanding hobi sebelumnya mengumpul banyak kereta mini jenis Mark I,” katanya menjelaska­n, perancanga­n terkini membawa keluargany­a berkonvoi bersama rakan ke Chiang Mai, Thailand, yang dijadualka­n pada tahun depan.

Dia yang berasal dari Selangor dan kini menetap di Terengganu berkata, minat mendalamny­a kepada kenderaan klasik bermula ketika dia berusia 21 tahun.

“Saya beli lima skuter Vespa ketika bujang. Saya belanjakan RM30,000 untuk memiliki koleksi berkenaan.

“Apabila sudah berkahwin, saya belanja lebih

RM200,000 untuk mengumpul tujuh koleksi kereta mini jenis Mark I.

“Ketika itu, isteri

kurang setuju dengan hobi saya dan mendesak saya mengurangk­an koleksi berkenaan.

“Saya kemudian membeli Volkswagen Beetle dan mula berminat dengan Volkswagen Kombi. Jadi, saya mengambil keputusan menjual semua kenderaan itu dan memberi tumpuan kepada Volkswagen Kombi kerana kenderaan berkenaan lebih praktikal untuk saya yang berkeluarg­a besar,” katanya.

Menurutnya, memiliki Volkswagen Kombi memudahkan urusannya ‘melancong’ bersama keluarga dan rakan.

“Saya ada empat orang anak yang gembira apabila melancong seluruh negara dengan Kombi. Kami bukan saja dapat meluangkan masa bersama, malah hobi saya terhadap kenderaan klasik juga dapat diteruskan,” katanya.

Katanya, anak pertama dan ketiganya juga sudah menunjukka­n minat terhadap kenderaan klasik.

“Perkembang­an ini membuatkan saya gembira. Memang hasrat saya untuk memupuk perasaan cinta kepada kenderaan klasik dan nampaknya usaha itu membuahkan hasil,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ISTERI dan anak Mohd Firdaus gembira menaiki Kombi.
ISTERI dan anak Mohd Firdaus gembira menaiki Kombi.
 ??  ??
 ??  ?? KERETA Volkswagen Kombi mudahkan urusan melancong. MOHD Firdaus bersama Volkswagen Mini yang pernah dimiliki.
KERETA Volkswagen Kombi mudahkan urusan melancong. MOHD Firdaus bersama Volkswagen Mini yang pernah dimiliki.
 ??  ?? PERJALANAN menaiki Kombi turut diikuti penggemar kereta klasik lain.
PERJALANAN menaiki Kombi turut diikuti penggemar kereta klasik lain.
 ??  ??
 ??  ?? KOMBI yang diubah suai ketika berkhemah.
KOMBI yang diubah suai ketika berkhemah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia