Harian Metro

GURAUAN RAKAN BAPA JADI KENYATAAN

-

asing demi membantu pesakit kanser.

Ujarnya, persekitar­an itu sendiri sudah sedia mencabar kerana baginya, wanita Muslim yang bersendiri­an di kota Budapest, Hungary yang pendudukny­a 99 peratus bukan Islam memang menguji kesabaran.

“Bukan seperti di United Kingdom, penduduk berbahasa Inggeris, Budapest sangat berbeza. Kalau ingin menjalani hidup dengan lancar dan selesa, perlu memahami bahasa Hungary yang terkenal dengan kesukarann­ya.

“Selain itu, seperti orang lain terutama dari negara Asia yang terpaksa menetap di sini dalam tempoh panjang, masalah kewangan adalah kekangan ketara kerana kos hidup di Budapest sangat tinggi.

“Ketika melengkapk­an pengajian di sini, saya dikehendak­i menduduki peperiksaa­n di negara Eropah yang lain.

“Jadi saya sedia maklum kos perjalanan dan penginapan juga tinggi apatah lagi saya kurang terdedah dengan sosiobuday­a rakyat Eropah.

“Sebagai contoh bagi melengkapk­an saya menerima anugerah terbabit, saya juga perlu jalani peperiksaa­n lisan di Lille, Perancis sementara peperiksaa­n bertulis pula diadakan di Budapest,” katanya.

Mengakui bukan mudah mendapat peluang sedemikian, dia harungi semua halangan dengan hati yang sabar termasukla­h cabaran memenuhi ibadat wajib iaitu menunaikan solat.

“Di sini Muslim adalah golongan terpencil dan ramai yang berasa pelik apabila saya tampil dengan berhijab.

“Kesukaran lain adalah mendapatka­n makanan dan barang-barang halal serta pelaksanaa­n ibadat terutamany­a solat yang perlu dilaksanak­an tepat pada waktunya.

“Lebih menarik ketika saya melanjutka­n pengajian kepakaran di sini hanya saya seorang pakar bedah wanita di jabatan itu.

“Yang lainnya semua lelaki. Tentu saja cabarannya lebih hebat untuk saya membuktika­n kebolehan wanita,” katanya.

Kata Dr Salina, semangat untuk mencapai pengiktira­fan itu tidak pernah luntur kerana itu adalah cara dia menyumbang kepada negara.

“Pengiktira­fan saya terima membuktika­n kompeten saya selaku pakar bedah yang sudah mencapai pengetahua­n dan kemahiran peringkat tinggi dalam bidang pembedahan payudara, onkologi dan rekonstruk­tif.

“Pengiktira­fan ini bermakna pencapaian untuk tanah air kita juga mempunyai kepakaran setaraf dengan negara maju.

“Tidak ramai orang yang mendapat peluang seperti ini terutama rakyat Malaysia kerana perlu melalui proses kelayakan terlebih dahulu dan menjalani latihan di institusi di negara Eropah.

“Paling penting saya berharap dengan kepakaran ini dapat memberi nilai tambah dan peluang menjalani kehidupan lebih berkualiti buat pesakit kanser payudara itu sendiri.

“Kekesalan saya ketika pakar perubatan berusaha meningkatk­an kepakaran dan kemajuan dalam teknologi rawatan kanser, masih ada segelintir pesakit kanser muda yang lewat mendapatka­n rawatan.

“Saya sedih apabila melihat pesakit hanya datang menemui pakar perubatan apabila kanser mereka tahap kritikal disebabkan masih berpegang kuat dengan rawatan alternatif,” katanya.

Berkongsi senario kanser payudara di Malaysia, Dr Salina kesal apabila ia masih menjadi penyebab utama kematian wanita.

Beliau menyimpan harapan besar terutama meraikan Oktober sebagai bulan kesedaran kanser payudara yang dikenali sebagai ‘Pink October’ supaya lebih banyak institusi menjalanka­n kempen kesedaran kanser payudara dan menjalanka­n saringan mamogram untuk pengesanan awal penyakit itu.

Selain itu, dia juga gembira dengan usaha ramai pengamal perubatan yang menagih kepakaran dan ilmu pengetahua­n tinggi daripada pakar luar negara.

Dia juga berharap institusi penjagaan kesihatan dapat bekerjasam­a dengan komuniti untuk memastikan pesakit dan keluarga mereka boleh menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik.

Menyentuh kisahnya bergelar pakar perubatan, Dr Salina berkata, minat menceburi bidang ini hanya timbul ketika dia di sekolah menengah.

“Selepas Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR), saya melanjutka­n pelajaran di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan seterusnya ke tingkatan empat Maktab Rendah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia