Harian Metro

Jadi rebutan pengarah

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Syafiq syukur apa yang dikecapi, akan terus memberikan

lakonan terbaik buat

peminat

Sukar untuk menafikan populariti yang dikecapi Syafiq Kyle di persada seni tanah air selepas lakonannya dalam drama bersiri Nur mencetuska­n fenomena dalam kalangan peminat.

Pemuda berusia 26 tahun itu kini menjadi rebutan pengarah yang mahu mengambiln­ya berlakon untuk produksi mereka.

Syafiq yang digilai peminat wanita menerusi karakter Ustaz Adam mengakui bersyukur dengan apa yang dikecapiny­a dan berjanji akan terus memberikan lakonan terbaik buat peminat.

“Alhamdulil­lah, jadual saya amat padat.

Saya kini terbabit dengan penggambar­an drama Senafas Rindu yang akan menemui penonton menerusi slot Megadrama pada Februari tahun depan.

“Selepas itu saya akan teruskan dengan penggambar­an drama Bukan Cinta Aku untuk slot Akasia TV3 pula bersama Janna Nick arahan Erma Fatima.

“Insya-Allah hujung tahun ini saya akan kembali ke set penggambar­an drama Nur 2 yang dinanti-nantikan peminat,” katanya.

Menurut Syafiq, dia akan kembali menjayakan karakter Ustaz Adam namun masih belum mengetahui jalan cerita yang lengkap.

“Skrip masih dalam pembikinan dan perbincang­an masih berjalan di antara pengarah, penerbit serta semua yang terbabit.

“Kami terbuka memberikan padangan tetapi saya selesa serahkan 100 peratus kepada pengarah, abang Ijat (Shahruleza­d Mohameddin) kerana percayakan sentuhan magisnya,” katanya.

Syafiq berkata, dia yakin sutradara hebat itu kaya dengan idea segar untuk mengadun sesebuah cerita agar lebih menarik.

“Saya tahu dia akan keluarkan isu-isu yang menarik. Apabila skrip garapannya dijadikan sebuah drama, isunya pasti menarik.

“Saya tahu kekuatanny­a kerana sudah lama bekerjasam­a dengan dia. Penggambar­an pula selalunya memakan masa sebulan setengah hingga dua bulan,” katanya.

Selain layar kaca, Syafiq juga menambah profilnya sebagai bintang filem apabila membintang­i filem Langsuir dan Gol & Gincu Vol 2.

Langsuir arahan Osman

Tahun depan saya akan terbabit dengan penggambar­an filem aksi pula. Konsep ceritanya seakan filem Paskal dan saya kena menjalani latihan kira-kira dua bulan untuk mendapatka­n stamina yang terbaik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia