Harian Metro

ALIF tidak jangka menang

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Selebriti sentiasa menjadi suri teladan bagi peminat mereka. Namun, mereka sebaliknya pula pasti ada ikon yang dijadikan contoh untuk kerjaya dan kehidupan.

Bagi artis serba boleh Alif Satar, dia meletakkan dua nama iaitu Allahyarha­m

Tan Sri P Ramlee dan Allahyarha­m Datuk Sudirman Arshad sebagai idolanya.

Baginya, dia membesar dengan menonton karyakarya mereka dan sentiasa meletakkan sasaran untuk menempa kejayaan seperti dua figura hebat itu.

“Setiap kali diwawancar­a media, saya akan bercerita perihal bagaimana saya mengagumi dua sosok yang sangat besar namanya dalam industri seni tanah air.

“Mereka ialah Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee dan Allahyarha­m Datuk Sudirman Arshad. Kedua-dua ikon ini banyak mempengaru­hi kehidupan saya sebagai anak seni,” katanya.

Menurut Alif, dua idolanya itu contoh terbaik sebagai penghibur.

“Mereka penghibur sebenar di pentas seni. Kedua-duanya hidup pada era berbeza dan menempa kejayaan dalam perjalanan seni masing-masing.

“Selama 12 tahun bekerja keras dalam industri, saya sentiasa meletakkan kejayaan kedua-dua mereka sebagai sasaran dan nak jadi seperti mereka,” katanya.

Ditanya mengenai kemenangan­nya dalam kategori Artis Versatil

Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 31 (ABPBH31) baru-baru ini, Alif menganggap satu penghargaa­n buat dirinya.

“Ia adalah tanda penghargaa­n peminat kepada saya kerana mereka yang mengundi dan menjamin kemenangan ini. Saya sendiri tidak menjangka akan menang,” katanya.

Menurut Alif lagi, dia tidak menjadikan

Letakkan kehebatan P Ramlee dan Sudirman

untuk diteladani

kemenangan dalam manamana acara anugerah sebagai objektif sepanjang melakukan tugas sebagai anak seni.

“Langkah saya bermula sebagai penyanyi dan kemudian menjadi pengacara serta pelakon.

“Jujur, saya tak pernah meletakkan anugerah sebagai objektif utama. Namun, apabila menerima anugerah, ia umpama pengiktira­fan untuk anak seni,” katanya.

Ditanya sama ada 2018 menjadi tahun terindah buatnya, Alif mengakuiny­a.

“Saya sentiasa aktif dalam bidang seni, cuma mungkin kerana lambat dikenali, perkembang­an kerjaya saya perlahan berbanding artis lain.

“Tidak dinafikan, tahun ini nama saya lebih melonjak berbanding dulu.

“Diharap kemenangan ini bukanlah satusatuny­a kejayaan saya dan sentiasa berdoa agar kembara seni saya terus berkembang dan lancar,” katanya yang masih lagi mengacarak­an program It’s Alif siaran ntv7.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia