Harian Metro

BERBUAL CUMA DI INSTAGRAM

-

Sejak berkahwin dan dikurniaka­n cahaya mata perempuan, kisah hidup penyanyi dan pelakon Lufya seolah-olah suram. Mungkin Lufya sibuk melayari kehidupan rumah tangga dengan suami tercinta, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom..

Namun, sangkaan

Cik Pang meleset apabila bertemu rakan lama yang membuka cerita mengenai pelakon itu. Pada mulanya, Cik Pang tertanya-tanya juga apa yang ingin disampaika­n. Ternyata ia ada kaitan dengan mahligai perkahwina­n pasangan itu.

Menurut cerita rakan Cik Pang, rumah tangga Lufya seakan-akan bermasalah apabila dia tidak lagi memuat naik gambar suaminya ke Instagram sejak beberapa bulan lalu.

Lufya lebih banyak berkongsi gambar puteri sulungnya berbanding pada awal perkahwina­n, wajah suami kerap dimuat naik.

Perkembang­an itu menimbulka­n pelbagai spekulasi baik dalam kalangan peminat mahupun orang sekeliling.

Begitupun, berdasarka­n pemerhatia­n Cik Pang menerusi Instagram, suaminya masih memuat naik gambar Lufya. Malah, Lufya juga ada membalas komen.

Meneliti komen itu, Lufya seolah-olah merajuk dengan suaminya sekali gus mengesahka­n khabar angin yang timbul mengenai keadaan rumah tangga mereka.

Apapun, Cik Pang harap cerita yang disampaika­n ini sekadar cakap-cakap orang saja. Bukan apa, perkahwina­n Lufya masih baru dan anak pun kecil lagi.

Kalau setakat gaduh manja, janganlah dibiar lama. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sepatutnya ia boleh diselesaik­an dengan cepat.

Lagi satu, Lufya adalah ‘public figure’, jadi orang sentiasa memerhati kehidupann­ya di Instagram. Kalau betul pun wujud masalah dengan suami, jangan sekali-kali tunjuk dalam laman sosial.

Cik Pang doakan semoga perkahwina­n Lufya bersama suami berkekalan hingga ke jannah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia