Harian Metro

JAUH BERUBAH SEJAK MENANG ANUGERAH

-

Populariti diraih pelakon lelaki ini membuatkan dia makin lupa diri. Sejak menang anugerah dan menjadi rebutan penerbit, sikapnya berubah 360 darjah.

Jika dulu dia tidak keberatan melayan peminat dan setiap permintaan daripada pihak produksi, kini tidak lagi. Dia hanya tahu datang lokasi dan buat kerja.

Macam kejadian yang menimpa rakan Cik Pang baru-baru ini, membabitka­n penggambar­an drama. Pelakon lelaki ini menolak untuk memakan makanan yang ditaja dengan alasan, dia tidak mahu mempromosi­kan makanan terbabit dalam Instagram.

Pelakon lelaki ini sanggup berlapar dari pagi hingga ke malam. Setiap kali waktu rehat, dia hanya duduk dalam kereta. Dia sedikit pun tidak mahu beri muka kepada produksi.

Tidak cukup dengan itu, pelakon ini juga mengarahka­n produksi untuk tidak menerima satu pun penajaan makanan daripada mana-mana pihak. Hinggakan, produksi terpaksa membatalka­n semua penajaan yang sudah bersetuju.

Tujuan produksi mendapatka­n penajaan bukan untuk berjimat tetapi lebih untuk membantu peniaga kecil yang sudi memberikan tajaan. Orang kata, rezeki jangan ditolak.

Pada masa yang sama, pihak terbabit juga tidak memaksa artis untuk mempromosi­kan makanan mereka dalam Instagram. Ia terpulang kepada diri sendiri.

Sedang artis lain teruja dan seronok apabila makan mereka ditaja, pelakon lelaki ini pula bersikap sebaliknya. Dalam erti kata lain, dia memang sombong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia