Harian Metro

Lakonan Luna berkesan

-

Bagi pengikut setia The Doll, filem Sabrina pasti tidak menghampak­an

Jika di Hollywood ada filem mengisahka­n anak patung bernama Annabelle, Indonesia pula ada Sabrina.

Dua mainan kanakkanak itu mempunyai satu persamaan iaitu dihuni makhluk halus.

Filem Sabrina adalah 'spin off' The Doll 2 yang ditayangka­n tahun lalu. Pembaca yang sudah menonton The Doll pasti lebih memahami kisah Sabrina yang memaparkan kejadian mistik selepas pemergian anak sepasang suami isteri akibat kemalangan.

Filem ini mengisahka­n Aiden membuat anak patung yang diberi nama Sabrina untuk isterinya, Maira.

Selepas pemergian anak mereka, pasangan ini mengambil anak angkat bernama Vanya.

Pada masa sama, Vanya masih sukar menerima kenyataan ibu kandungnya sudah meninggal dunia.

Keluarga terbabit mula mengalami pelbagai gangguan mistik.

Seperti filem seram lain, Sabrina menyajikan banyak aksi mendebarka­n dan menakutkan.

Bagaimanap­un, tahap seram filem ini boleh dikatakan tidak begitu ekstrem seperti karya lain yang mengetenga­hkan kejadian rasuk dan kemunculan iblis.

Suasana persekitar­an filem ini juga sentiasa terang dan tidak gelap sepanjang masa.

Jadi, penonton tidak rasa lemas dengan cuba memahami apa yang berlaku sekiranya ada aktiviti berlaku dalam suasana gelap.

Persembaha­n pelakon pula, Luna Maya berjaya menjiwai watak dengan berkesan sekali gus membuktika­n gelaran

Ratu Seram yang diberikan penonton Indonesia.

Manakala, lakonan pertama Christian Sugiono dalam karya seram tidak menghampak­an.

Bagi pengikut setia The Doll, filem ini pasti tidak menghampak­an apatah lagi ia banyak menerima ulasan positif media Indonesia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia