Harian Metro

Taxi 5 sarat gelagat lucu

-

Kebelakang­an ini, pawagam tanah air ‘meriah’ dengan deretan filem seram.

Pembaca bukan penggemar filem seram pasti menarik nafas lega dengan adanya karya genre lain ditayangka­n.

Satu daripadany­a ‘Taxi 5’ mengisahka­n usaha polis melumpuhka­n sekumpulan pencuri handal Itali yang menggunaka­n kereta lumba mewah ketika melakukan jenayah.

Ini filem kelima kisah Taxi selepas menamatkan siri keempat pada 2007 ciptaan sepenuhnya karyawan Perancis, Luc Besson.

Ia dikatakan Fast & Furious versi Perancis kerana turut menyelitka­n elemen kejar mengejar dan kereta mewah.

Berbeza dengan Fast & Furious dan filem seangkatan dengannya,

Taxi 5 mengetenga­hkan jalan cerita sarat dengan gelagat lucu dan aksi komedi.

Bagi pengikut setia siri Taxi, rendisi kali ini menampilka­n barisan watak dan pengarah baharu.

Sutradara Gastambide turut membintang­i filem ini dengan membawa watak pegawai polis bernama Sylvain Marot yang berpindah ke Marseille.

Di sana, dia ditugaskan dengan sepasukan anggota polis yang dianggap ‘tiada harapan’.

Mereka ditugaskan melindungi cincin berlian mewah daripada dirompak pencuri Itali.

Penyanyi rap Soprano dan DJ Cut Killer turut membuat kemunculan istimewa, sekali gus memeriahka­n lagi plot cerita.

Filem ini menerima kritikan positif dan negatif daripada media asing dan netizen.

Namun, pembaca yang ingin santai dan menyaksika­n cerita ringan filem ini antara pilihan buat masa ini.

 ??  ?? FILEM: Taxi 5
ARAHAN: Franck Gastambide PELAKON: Franck Gastambide, Malik Bentalha, Sabrina Ouazani dan Sand Van Roy. GENRE: Aksi, komedi dan jenayah
TAYANGAN: 18 Oktober 2018 ULASAN: Michelle Gun
FILEM: Taxi 5 ARAHAN: Franck Gastambide PELAKON: Franck Gastambide, Malik Bentalha, Sabrina Ouazani dan Sand Van Roy. GENRE: Aksi, komedi dan jenayah TAYANGAN: 18 Oktober 2018 ULASAN: Michelle Gun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia