Harian Metro

Cari jaguh basikal lasak

-

tahun depan di laluan baharu itu.

Pengurus Fun D Cycle Point dan merangkap Pengurus Basikal,

Zurairah Zakaria berkata, penyertaan hampir 300 pelumba untuk kedua-dua acara yang berlangsun­g serentak memberi gambaran kejohanan sama boleh dianjurkan pada skala lebih besar pada tahun akan datang.

“Bagi menggalakk­an komuniti tempatan lebih dekat dengan acara riadah berbasikal, Fun Ride disertai lebih 200 peserta bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, diharap dapat merangsang minat lebih ramai penduduk setempat dalam sukan berbasikal ini.

“Tambahan pula laluan sekitar Pantai Dalam dan Kerinchi yang berbukit diliputi sedikit kehijauan di antara bangunan perumahan sesuai untuk acara berbasikal.

“Sokongan pihak berkuasa tempatan menerusi kelab berbasikal DBKL diharap memberi gambaran ‘spot’ ini boleh menjadi kawasan tumpuan buat penggemar basikal dengan selamat,” katanya.

Bagi acara XCO yang membabitka­n trek sejauh 3km turut memaparkan potensi jagoan tempatan dalam acara sukan itu yang boleh menjadi sebahagian daripada persiapan menyertai kejohanan luar.

“Ada sebahagian peserta ialah atlet kendalian Noreffendi yang melatih mereka seawal usia 10 tahun. Jadi ini penting untuk pembanguna­n atlet bagi kejohanan luar.

“Setidak-tidaknya penganjura­n perlumbaan sebegini memberi pendedahan kepada atlet kami supaya terdedah dengan persaingan. Malah trek yang ini dibuka untuk pertanding­an dilihat mempunyai semua kriteria rintangan dalam disiplin XCO.

“Jadi tahun depan kita berharap selepas acara nasional, trek ini dibuka untuk peserta luar pula seperti Asia Tenggara atau Asia.

“Kami ada perancanga­n untuk ke arah itu dan akan mendapatka­n kolaborasi pihak berkuasa tempatan, DBKL, agensi korporat dan seterusnya kelab basikal,” katanya.

Dalam perlumbaan itu hadiah wang tunai untuk pemenang tempat pertama hingga kelima membabitka­n tujuh kategori iaitu Lelaki Bawah 12 Tahun, Lelaki Bawah 15 Tahun, Bawah 21 Tahun, Fatbike & Heavyweigh­t, Wanita Terbuka, Lelaki Master ( 40 tahun ke atas) dan Lelaki Terbuka.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 1. AHLI Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menyertai kayuhan santai.
2. TREK mencabar memaksa peserta menyorong basikal. 3. PEMENANG menerima hadiah. 4. MELEPASI halangan pokok.
1. AHLI Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menyertai kayuhan santai. 2. TREK mencabar memaksa peserta menyorong basikal. 3. PEMENANG menerima hadiah. 4. MELEPASI halangan pokok.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia