Harian Metro

SEMPORNA SETANDING BALI

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Hati pemuda berusia 29 tahun dari bandar

Klaten, Yogyakarta, ini berbelah-bagi sama ada mahu menerima tawaran untuk menjadi jurulatih badminton di India atau Malaysia. Dia kemudian memilih India untuk melatih pemain kebangsaan di negara berkenaan.

Bagaimanap­un, akibat kekangan bajet, hasratnya untuk berkhidmat di India tidak kesampaian sebelum akhirnya berlabuh di Malaysia. Tindakanny­a bukan saja keputusan tepat, malah ia perkara terindah berlaku dalam hidupnya kerana dia juga menemui cinta sejati dengan gadis tempatan.

Kali pertama menjejakka­n kaki di Malaysia dan tujuannya?

Saya datang ke negara ini pada 2013 apabila menerima tawaran menjadi jurulatih badminton sebuah kelab di Kuala Lumpur. Sepanjang lebih lima tahun di negara ini, saya sudah berkhidmat dengan dua kelab dan satu sekolah. Kini saya bersama Persatuan Badminton Selangor.

Bagaimanap­un, abang, Danan Jaya, 31, lebih awal berkhidmat dengan pihak yang sama. Dia datang pada 2011 kerap memberi persepsi yang baik mengenai situasi di Malaysia. Ia mendorong saya untuk memilih negara ini.

Terdahulu, saya mendapat banyak tawaran menjadi jurulatih badminton di beberapa negara sebelum memutuskan untuk menerima tawaran kerja di Malaysia.

Sejauh mana anda mengenali Malaysia?

Saya mula bermain badminton sejak kecil dan pernah bermain untuk pasukan kebangsaan Indonesia serta kelab sebelum menjadi jurulatih dan teman latihan.

Dalam dunia badminton, sudah tentu saya mendengar banyak cerita mengenai lima beradik legenda badminton Malaysia yang dikenali sebagai anak-anak Sidek (Misbun, Jalani, Razif, Rahman dan Rashid).

Saya juga kerap menonton aksi lima jaguh badminton berkenaan di televisyen. Kagum dengan kebolehan mereka mendorong saya membuat penyelidik­an sendiri mengenai kelebihan sukan badminton di Malaysia dan secara tidak langsung, mengenali negara ini.

Cabaran yang anda lalui sepanjang menetap di Malaysia?

Setakat ini saya tidak berdepan banyak kesukaran berikutan kedua-dua negara mempunyai bahasa dan budaya yang berkait rapat. Namun, beberapa kata nama perbuatan mengundang kekeliruan, contohnya pusing yang merujuk kepada pergerakan tetapi di Indonesia bermakna pening kepala.

Begitu juga bila menyebut dekat, yang

Malaysia pada mata anda?

Saya sungguh selesa tinggal di negara ini kerana menyediaka­n kemudahan yang lengkap. Saya juga kagum dengan peraturan agama Islam yang ketat untuk penganutny­a.

Dalam bidang sukan pula, negara ini mempunyai ramai atlet berbakat tetapi kebanyakan mereka tidak konsisten apabila cepat berpuas hati dengan kejayaan mereka. Masih banyak kejayaan yang mampu dilakar jika mereka meneruskan minat dalam bidang masing-masing.

Atlet yang wajar dicontohi kerana keghairaha­n mereka dalam sukan seperti Datuk Lee Chong Wei yang berada dalam kelasnya tersendiri. Walaupun beliau jaguh dunia yang tidak dapat dipertikai­kan lagi, dia masih beraksi memburu satu demi satu pingat.

 ??  ?? DANU pernah membarisi pasukan
kebangsaan Indonesia sebelum
menjadi jurulatih.
DANU pernah membarisi pasukan kebangsaan Indonesia sebelum menjadi jurulatih.
 ??  ?? DANU (kiri) dan Danan sama-sama melatih pemain badminton untuk Selangor.
DANU (kiri) dan Danan sama-sama melatih pemain badminton untuk Selangor.
 ??  ?? DANU (duduk kiri) bersama pasukan badminton Selangor.
DANU (duduk kiri) bersama pasukan badminton Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia