Harian Metro

OTAK-OTAK BERKUAH BUKA SELERA

-

Jelajah juadah Thailand tengah

di Mueang Kao Thai Cuisine

nalkan hidangan khusus dari bahagian tengah Thailand yang menawarkan sajian asli masakan tradisiona­l penduduk negara berkenaan.

“Di Thailand ada empat jenis masakan mengikut daerah sama ada di Thailand utara, Thailand timur laut, Thailand tengah dan Thailand selatan.

“Setiap daerah mendapat pengaruh daripada masakan Cina dan negara jiran kecuali Thailand tengah yang masih mengekalka­n keaslian masakan tradisiona­l penduduk.

“Sementara di negara kita, ratarata hidangan Thailand adalah dari bahagian selatan yang mempunyai cita rasa tempatan. Oleh itu, menu kami menampilka­n juadah asli yang memiliki kehalusan teknik masakan dan ramuan dari pengaruh hebat empat bandar utama Ayutthaya, Sukhotai, Bangkok dan Kanchanabu­ri,” katanya.

Aneka pilihan hidangan enak untuk disajikan kepada pengunjung disediakan sendiri pengurus operasi restoran, Esther Yap, yang mempunyai kemahiran menyediaka­n masakan asli bahagian tengah Thailand itu. Antara menu yang popular, ikan kukus bersama cili dan limau nipis menggunaka­n ikan puyu Australia pasti menaikkan selera sesiapa saja.

Juadah lain yang disyorkan untuk dicuba sendiri seperti miang kham iaitu kudapan tradisiona­l dengan rasa pedaspedas manis dimakan bersama daun kaduk, tom yam putih dengan bumbu udang menawarkan gabungan rasa pedas masam dan kangkung goreng Thai bersama sos istimewa yang dimakan dengan nasi panas atau sebagai kudapan yang boleh dinikmati begitu saja.

Bagi pencuci mulut pula, selain pulut mangga, cuba nikmati ais krim kelapa atau sangkaya. Taburan biskut kelapa dan kacang rangup menjadikan rasa ais krim ini sungguh sempurna. Bubur berisi nangka dan buah kabung, red ruby antara pencuci mulut wajib cuba.

 ??  ?? ANEKA hidangan asli Thai disediakan Esther (kiri) dan Iman bagi memastikan rasa makanan disediakan sama.
ANEKA hidangan asli Thai disediakan Esther (kiri) dan Iman bagi memastikan rasa makanan disediakan sama.
 ??  ?? ANEKA pencuci mulut dari pulut mangga, aiskrim kelapa dan
bubur nangka.
ANEKA pencuci mulut dari pulut mangga, aiskrim kelapa dan bubur nangka.
 ??  ?? KARI merah dengan rasa masam, manis dan pedas.
KARI merah dengan rasa masam, manis dan pedas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia