Harian Metro

KEKAL GAYA RETRO

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Vespa perkenal tiga model terkini

untuk pasaran tempatan

Sebagai jenama skuter premium di pasaran antarabang­sa, Vespa mempunyai golongan peminat tersendiri yang mahukan sebuah jentera bergaya.

Tidak terkecuali di negara ini, Naza Premira Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi jenama Vespa memperkena­lkan tiga model baharu iaitu Primavera 150, Sprint 150 dan GTS 300 Super Sport dengan beberapa peningkata­n aksesori luaran.

Vespa Primavera 150 pertama kali diperkenal­kan pada 1968 hingga menjadi ikonik kini dengan reka bentuk moden lebih segar, inovatif, dilengkapi teknologi canggih, tangkas dan dinamik selain mengekalka­n ‘joie de vivre’ daripada generasi sebelumnya.

Menerapkan elemen sama, rekaannya diperbahar­ui seperti ‘tali leher’ pada bahagian depan dan ‘crest’ krom pada pelindung lumpur serta rim aloi 12 inci berserta corak lima bilah terbaharu untuk kestabilan pengendali­an di jalan raya.

Model baharu ini juga dilengkapi lampu hadapan dan belakang LED bagi pencahayaa­n lebih jelas serta ditawarkan dengan empat pilihan warna baharu iaitu Rosso Dragon, Beige Metallic, Nero Volcano dan Monte Bionco.

Varian Sprint 150 menampilka­n elemen sporty dengan ciri dan teknologi skuter moden disasarkan untuk golongan lebih muda sebagai kegunaan harian atau hujung minggu.

Model kerangka dibangunka­n daripada material keluli itu juga menampilka­n ciri rekaan ‘tali leher’ baharu pada bahagian hadapan, pengecas USB, lampu LED pada hadapan dan belakang serta didatangka­n empat pilihan warna baharu iaitu Monte Bianco, Rosso Dragon, Blue Matt dan Giorgio Titanio.

Model Primavera dan Sprint dijana enjin silinder tunggal empat lejang 150cc SOHC menghambur­kan 13 kuasa kuda (hp) pada 7,750 rpm dan daya kilas 12.8Nm pada 6,500 rpm serta dilengkapi Sistem Brek AntiKunci (ABS).

Vespa GTS 300 Super Sport adalah paling berkuasa dengan padanan enjin 300cc silinder tunggal sejukan cecair dan transmisi automatik CVT menawarkan 21 hp pada 7,750 rpm dan daya kilas 22Nm pada 5,000 rpm.

Model ini juga hadir dengan logo baharu pada rim, pelekat grafik baru, ABS dua saluran, kawalan cengkaman, tongkat sisi elektrik dan pilihan warna baharu Matt Red dan Giorgio Titanio.

Sesuai untuk tunggangan jarak jauh, ia turut menampilka­n ciri model seperti panel meter LCD, lampu belakang baharu, pengecas USB dan kunci kawalan jauh yang boleh membuka pelana.

Vespa Primavera 150 dijual pada harga RM15,600, Sprint 150 (RM16,400) dan GTS 300 Super Sport berharga RM28,000 dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer (km), yang mana terdahulu.

 ??  ?? SPRINT 150.
GTS 300 Super Sport.
SPRINT 150. GTS 300 Super Sport.
 ??  ?? VESPA Primavera 150.
VESPA Primavera 150.
 ??  ?? PANEL meter analog dan LCD.
PANEL meter analog dan LCD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia