Harian Metro

Pupuk minat daki gunung

-

Akmar, Wan Nor Hizny tidak paksa

tiga anak ikut hobi mereka

peralatan elektronik menyebabka­n banyak masa berkualiti bersama keluarga terbazir begitu sahaja.

“Menerusi aktiviti luar ini, kemesraan dan ikatan kekeluarga­an dapat dipulihkan.

“Kaedah saya bersama isteri ialah semaikan dahulu minat dan keinginan mereka untuk menyertai aktiviti mendaki dan bukan secara paksaan.

“Saya berkongsi gambar dan video keindahan pemandanga­n dari puncak bukit atau gunung.

“Saya tunjuk juga foto memaparkan gelagat dan wajah kegembiraa­n kumpulan pendaki selepas berjaya menawan puncak.

“Tidak lupa saya dan isteri sentiasa cerita kepada anak-anak betapa seronoknya aktiviti mendaki ini ketika bersama mereka.

“Sekarang semua anak sudah mengikuti kami mendaki,” katanya.

Di sebalik keseronoka­n mendaki bersama keluarga, Akmar tidak pernah lupa memberi keutamaan kepada aspek keselamata­n ketika pendakian terutama buat anak-anaknya.

“Berdasarka­n pengalaman sendiri pendakian tengah malam Gunung Irau sebaik hujan antara pengalaman tidak boleh dilupai.

“Bayangkan keseluruha­n laluan gelap gelita, basah, kotor, lecak dan suhu turun mendadak sehingga bawah 10 darjah Celsius ketika itu.

“Namun kami berjaya menawan puncak dengan bekalan, latihan dan ubatubatan mencukupi.

“Tidak cukup dengan itu insiden tanah runtuh juga berlaku dan mujur kumpulan pendaki kami selamat melepasi laluan berkenaan.

“Melihat segala aspek termasuk risiko atau insiden luar jangka yang boleh berlaku, saya akan pastikan aspek keselamata­n kawasan itu sebelum membawa mereka.

“Walaupun bukit biasa mereka tetap dilengkapi dengan kasut, pakaian, bekalan makanan dan ubatubatan,” katanya.

Sementara itu Aelisya Ierdina Akmar, 9, anak kedua pasangan itu berkata, dia mula mendaki sejak usia lima tahun lagi kerana minat.

Malah bukan dia sendiri, sebaliknya disertai dua saudara lain iaitu Naylie Ierdina, 13, dan Elmyra Ierdina, 6, mereka mula terjebak dalam aktiviti berkenaan sejak menemani ibu mereka menjayakan siri latihan pendakian menakluk Gunung Kinabalu tahun lalu.

“Biasanya kami akan mendaki satu hingga tiga kali sebulan di lokasi sekitar Lembah Klang. Untuk gunung yang lebih rumit dan memerlukan persiapan rapi, sebaiknya ibu bapa menabung setiap bulan untuk mengikuti satu-satu ekspedisi.

“Ketika ini misi saya ialah menakluki Gunung Kinabalu kerana dua orang tua saya sudah berjaya.

“Selain gunung tertinggi di Malaysia, saya mengidamka­n pengalaman menawan gunung yang dilitupi salji.

“Gunung Everest antara yang menjadi impian tetapi saya masih terlalu muda.

“Kalau di Eropah, Mont Blanc di Perancis berada paling atas di dalam senarai kerana kecantikan puncak serta panorama sekitarnya sentiasa menjadi igauan saya,” katanya.

 ??  ?? TIDAK kekok bergaul dengan pendaki lebih dewasa.
TIDAK kekok bergaul dengan pendaki lebih dewasa.
 ??  ?? WAKTU kualiti keluarga bersama-sama mendaki.
WAKTU kualiti keluarga bersama-sama mendaki.
 ??  ?? AKMAR dan Hizny sokong minat Aelisya.
AKMAR dan Hizny sokong minat Aelisya.
 ??  ?? ANTARA pemandanga­n dirakam Aelisya.
ANTARA pemandanga­n dirakam Aelisya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia