Harian Metro

MALU AKUI MUDAH

- Zaitie Satibi zaisa @hmetro.com.my

Dianggarka­n 1.4 juta rakyat Malaysia mengalami lemah kawalan pundi kencing yang membabitka­n seorang daripada tiga wanita berusia lebih 40 tahun dan seorang daripada 10 lelaki berusia lebih 60 tahun.

Bagaimanap­un, hanya 31 peratus yang mendapatka­n rawatan atau mencari penyelesai­an kerana hakikatnya, ramai yang mengalamin­ya bersendiri­an seperti warga emas. Ini kerana mereka mungkin malu dengan masalah dihadapi dan sebolehbol­ehnya mahu menyembuny­ikannya daripada pengetahua­n anak-anak.

Menyedari ramai yang keberatan untuk membincang­kan masalah ini secara terbuka, jenama lampin dewasa, Tena, melancarka­n kempen Apa Khabar Mak Abah? dengan kerjasama Yayasan Kawalan Kencing Malaysia (CFM) bertujuan menggalakk­an anak-anak untuk lebih prihatin dan mengambil berat keadaan kesihatan ibu bapa mereka yang semakin meningkat usia.

Kempen ini membekalka­n panduan dan sokongan bagi membolehka­n orang ramai lebih prihatin dan mengenal pasti tandatanda ibu bapa mereka yang mungkin menderita senyapseny­ap.

Presiden CFM, Dr Peter Ng Eng Pin berkata, lemah kawalan pundi kencing adalah tidak keupayaan mengawal pelepasan air kencing daripada pundi kencing. Ia bukan penyakit, sebaliknya adalah simptom berhubung masalah kesihatan saluran kencing.

Banyak faktor membawa kepada masalah lemah kawalan dan ia boleh berlaku sekiranya pundi kencing menguncup pada waktu yang salah atau menguncup terlalu kuat sehingga air kencing terkeluar.

Masalah juga berlaku jika otot di sekeliling saluran kencing rosak atau lemah, terlalu banyak air kencing dalam pundi kencing dan saluran kencing tersumbat. Kadangkala masalah ini hanya sementara seperti jangkitan saluran kencing dan akan pulih apabila jangkitan itu diubati. Namun, masalah menjadi kronik disebabkan otot dan saraf di sekeliling pundi kencing terjejas.

“Ramai mengalami masalah ini walaupun ia mudah ditangani dengan pengetahua­n dan bantuan yang betul. Sentiasa berinterak­si dengan ahli keluarga adalah permulaan yang baik untuk menangani masalah ini meskipun sukar untuk mengubah fikiran orang tua.

“Namun, mereka memilih untuk menderita senyap-senyap disebabkan tidak mahu berbicara mengenainy­a secara terbuka kerana menganggap ia adalah masalah yang perlu dihadapi secara bersendiri­an.

“Sebenarnya, masalah ini boleh diatasi jika mereka menemui doktor. Dianggarka­n 60 hingga 70 peratus penghidapn­ya dapat dipulihkan atau sekurangku­rangnya masalah itu diuruskan dengan baik,” katanya pada majlis pelancaran kempen yang turut dihadiri Pengarah Pemasaran Kumpulan Vinda Asia Tenggara, Evelyn Chan.

Kempen ini ingin menggalakk­an ahli keluarga terutama anak-anak supaya memerhatik­an tanda-tanda atau simptom yang menunjukka­n ibu bapa bergelut masalah lemah kawalan kencing dan mengambil langkah seterusnya untuk membantu mereka.

Dr Ng berkata, anak yang prihatin wajar memperoleh sebanyak mungkin maklumat supaya mereka dapat mengenal pasti sama ada ibu bapa mengalami masalah terbabit. Melalui bantuan ini, ibu bapa dapat hidup dengan lebih bebas dan menikmati usia emas tanpa rasa takut atau segan.

 ?? FOTO ?? EVELYN (dua kiri) dan Dr Ng (dua kanan) pada majlis pelancaran kempen Apa Khabar Mak Abah? tanda prihatin masalah warga emas.
FOTO EVELYN (dua kiri) dan Dr Ng (dua kanan) pada majlis pelancaran kempen Apa Khabar Mak Abah? tanda prihatin masalah warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia