Harian Metro

Ajar warga emas senaman otot

-

dulu, sebaliknya boleh menyertai senaman tertentu yang sesuai dengan usia mereka.

Kekuatan dan tenaga adalah penting bagi golongan warga emas untuk terus terbabit dalam kegiatan yang digemari dan mengikuti aktiviti bersama keluarga, rakan dan masyarakat.

Bagi membantu jadikan penduduk warga emas Malaysia lebih kuat, Abbott memperkena­lkan beberapa inisiatif antaranya Ensure Gold Roving Kombi yang menggalakk­an kekuatan jasmani dan cara-cara menguruska­n kesihatan otot dan pada masa yang sama, mengukuhka­n ikatan kekeluarga­an.

Ensure Gold Roving Kombi adalah pameran bergerak yang akan singgah di 150 farmasi di seluruh Semenanjun­g dalam tempoh tiga bulan mulai bulan ini. Skuad kombi akan menawarkan ujian kesihatan kekuatan secara percuma, memberi maklumat dan menganjurk­an aktiviti untuk masyarakat belajar mengenai kesihatan otot dan bagaimana pemakanan yang baik dan senaman memainkan peranan penting dalam usaha mengekalka­n kekuatan otot.

Pengurus Besar Bahagian Pemakanan Abbott Malaysia, Robert Cleveland berkata, warga emas perlu mengamalka­n gaya hidup sihat dan sentiasa menjalani aktiviti senaman bagi memastikan tubuh kekal sihat walaupun berhadapan dengan isu penuaan.

“Bermula pada usia 40 tahun, seorang dewasa yang sihat boleh mengalami kesusutan jisim otot sehingga lapan peratus setiap dekad, namun dengan pemakanan yang wajar dan senaman, kesusutan otot boleh diperlahan­kan.

“Apabila usia meningkat, kekuatan bukan saja anugerah paling penting yang kita miliki, juga penting untuk kekal aktif dan berdikari. Kami menggalakk­an semua orang dewasa Malaysia terus proaktif dalam menjaga kesihatan otot supaya mereka mempunyai kekuatan dan tenaga untuk melakukan aktiviti digemari,” katanya pada majlis pelancaran Ensure Gold Roving Kombi Eco Ardence, Maya Park di Setia Alam, baru-baru ini.

Sempena pelancaran berkenaan, Abbott menganjurk­an Larian Kekuatan Ensure Gold yang menarik lebih 600 peserta.

 ??  ?? (DARI KIRI) Cleveland, Dr Nina Mohd Said (Pengarah Perubatan Abbott Malaysia), Tan
Sue Kim (Pengarah Jualan Perdaganga­n Abbott Malaysia) dan Richard Schneider (Pengarah Pemasaran Abbott Malaysia) sama-sama melancarka­n skuad bergerak Ensure Gold Roving Kombi yang ditugaskan menyebarka­n kepentinga­n penjagaan otot.
(DARI KIRI) Cleveland, Dr Nina Mohd Said (Pengarah Perubatan Abbott Malaysia), Tan Sue Kim (Pengarah Jualan Perdaganga­n Abbott Malaysia) dan Richard Schneider (Pengarah Pemasaran Abbott Malaysia) sama-sama melancarka­n skuad bergerak Ensure Gold Roving Kombi yang ditugaskan menyebarka­n kepentinga­n penjagaan otot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia