Harian Metro

PUNGGUNG KEJANG, KAKI KEBAS

-

Saya seorang suri rumah berumur 46 tahun mengalami sakit di bahagian punggung, paha sehingga ke betis.

Ini menyebabka­n saya tidak boleh duduk di permukaan keras seperti bersila di lantai dan kerusi kerana punggung akan cepat kejang dan kaki pula rasa kebas.

Malah, sakit juga bertambah teruk jika saya cuba bangun dan berdiri.

Untuk pengetahua­n doktor saya pernah mengalami masalah cakera tergelinci­r setahun lalu, namun sudah menjalani rawatan suntikan radiofreku­ensi (RF) di hospital swasta. Saya sembuh sepenuhnya selepas rawatan itu.

Sakit kali ini hampir sama dengan sakit siatika dulu dan risau masalah sama berulang.

Ini berikutan doktor ortopedik mendakwa ada kemungkina­n masalah cakera tergelinci­r terjadi semula dan mencadangk­an imbasan MRI untuk memastikan diagnosis.

Pada mulanya penggunaan ubat penahan sakit seperti postan dan calebrex berkesan.

Tetapi, sejak sakit makin kuat semua ubat penahan

Sakit pada punggung sehingga kaki adalah gejala klinikal klasik untuk sakit cakera tergelinci­r dan stenosis spina.

Kedua-duanya patut diberi perhatian serius kerana boleh membawa risiko lumpuh jika tidak dirawat dengan betul.

Biasanya doktor akan menyaranka­n imbasan MRI untuk memastikan diagnosis.

Bagaimanap­un, bukan semua sakit pada punggung sehingga kaki berpunca daripada cakera tergelinci­r.

Ada beberapa penyebab lain boleh menyerupai simptom sama.

Tidak ramai doktor yang mahir dapat memberi diagnosis tepat. Doktor biasanya hanya berminat melihat cakera tergelinci­r dan saraf terhimpit pada MRI, manakala 80 peratus laporan MRI tersasar dan tidak relevan dengan gejala pesakit. Anda patut berjumpa dengan doktor pakar pengurusan sakit kronik.

Sebagai contoh ada seorang pesakit saya mengalami cakera tergelinci­r pada L4 dan L5 serta mempunyai gejala sama iaitu sakit dari punggung hingga kaki.

Dia menjalani rawatan suntikan RF sebagai pilihan kepada pembedahan dan sihat sepenuhnya selepas dua minggu rawatan.

Malangnya, selepas dua bulan dia mengadu sakit yang sama berulang dan cuba mendapatka­n konsultasi daripada doktor ortopedik.

Doktor berkenaan menyaranka­n pembedahan tulang belakang kerana didakwa masalah cakera tergelinci­r berulang kembali.

Takut dengan pembedahan, pesakit bertemu saya semula dan apabila diperiksa rupanya dia mengidap artritis sendi pinggul (sendi sakroiliak). Sakit sendi ini mampu memberi sakit daripada punggung sehingga kaki.

Suntikan RF dilakukan pada sendi pinggul kerana sakit sudah rentan dengan ubat makan.

Kesakitann­ya hilang sehari selepas rawatan menyebabka­n pesakit kagum dengan kaedah rawatan ini.

Ternyata diagnosis dan rawatan adalah mudah bagi doktor yang tahu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia