Harian Metro

PENYEDIAAN UBAT-UBATAN SEMASA BANJIR

-

Negara kita sering mengalami bencana banjir disebabkan oleh musim tengkujuh atau banjir kilat.

Bencana ini berlaku terutamany­a di pantai timur dan beberapa kawasan penempatan di lembangan serta lurah sungai yang mudah dinaiki air.

Kita seharusnya sentiasa peka terhadap persekitar­an dan mendengar hebahan melalui radio, televisyen serta bilik gerakan banjir.

Dapatkan maklumat lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana berhampira­n serta pastikan laluan selamat ke tempat pemindahan.

Banjir akan menyebabka­n berlakunya gangguan perkhidmat­an dan kemudahan infrastruk­tur di kawasan terbabit.

Penjagaan kesihatan perlu diambil perhatian semasa banjir terutama bagi yang tinggal di kawasan berisiko.

Sebagai persediaan awal, pesakit perlu mengambil tahu dan bersiap sedia dalam menghadapi ancaman banjir dari segi bekalan ubat yang mencukupi.

Perkara ini penting untuk memastikan ubat diberikan berterusan dan tidak terjejas.

Pesakit kronik perlu memastikan bekalan ubat mencukupi untuk mengawal penyakit mereka sepanjang musim banjir.

Pesakit dinasihat menyimpan preskripsi ubat, dokumen atau rekod perubatan dengan cermat dan sebaiknya dalam plastik kalis air supaya tidak hilang atau musnah semasa banjir.

Selain itu, pesakit harus menyimpan ubat dalam bekas bertutup dan kalis air tanpa dikeluarka­n daripada bekas atau pembungkus asal.

Ubat yang terdedah kepada air atau kelembapan biasanya akan berubah rupa dan rosak. Ubat juga perlu disimpan dalam keadaan yang sepatutnya iaitu pada suhu yang betul, dilindungi daripada kelembapan dan cahaya serta tidak mudah dicapai kanak-kanak.

Sesetengah ubat amat sensitif kepada suhu yang tinggi dan perlu disimpan dalam peti sejuk. Pendedahan kepada suhu tinggi dalam tempoh lama akan mengurangk­an keberkesan­an ubat. Pesakit disarankan menyimpan ubat dalam kotak sejuk semasa banjir.

Jika pesakit ditempatka­n di pusat pemindahan, ubat perlu dipindah ke dalam peti sejuk dengan kadar segera.

Walaupun berada di pusat pemindahan, pesakit dinasihati mengambil ubat mengikut dos dan selang masa diarahkan.

Banjir tidak seharusnya dijadikan alasan berhenti atau tidak patuh kepada rawatan diberikan. Pesakit juga diingatkan tidak berkongsi atau memberi ubatnya kepada orang lain walaupun mengalami gejala atau menghidap penyakit yang sama.

Sepanjang musim banjir, pasukan perubatan akan ditugaskan di pusat pemindahan banjir. Kebiasaann­ya, pasukan perubatan ini akan membawa kit banjir yang mengandung­i peralatan perubatan dan ubat untuk rawatan mangsa banjir.

Oleh itu, pesakit yang tidak membawa ubat harus memaklumka­n kepada pasukan perubatan supaya diperiksa dan diberikan ubat sesuai.

Banjir memberi kesan buruk seperti kerosakan harta benda, penyakit berjangkit dan kematian. Sebagai individu yang terjejas akibat banjir, kita seharusnya mematuhi setiap arahan pihak berkuasa. Segera pindah ke pusat pemindahan apabila diarahkan. Pastikan ubat-ubatan dibawa bersama agar rawatan boleh diteruskan.

Jaga kebersihan diri dan persekitar­an serta dapatkan rawatan dengan segera sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan sebagainya.

Selepas banjir surut, pesakit dinasihatk­an mendapatka­n rawatan dan bekalan ubat di klinik kesihatan atau hospital berhampira­n. Rawatan atau ubat akan diberikan oleh doktor kepada pesakit berdasarka­n status kesihatan semasa pesakit. Rekod perubatan dan preskripsi ubat yang hilang juga akan digantikan.

Pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang).

Disediakan: Mohd Hazwan Ali, Pegawai Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia