Harian Metro

Usah putus asa

-

Setiap kegagalan harus

ditangani dengan baik

Assalamual­aikum dan salam ceria buat semua pembaca Metro Ahad.

Siapa yang tidak pernah kecewa atau berdepan kegagalan? Barangkali setiap individu pernah melalui fasa ini.

Tidak dinafikan setiap kegagalan yang ditempuh pasti mengundang rasa kecewa dan sedih.

Misalnya, jika kita tidak lulus ujian, gagal mendapatka­n pekerjaan atau setiap perkara yang diimpikan tidak menjadi kenyataan.

Bahkan Adik juga pernah melalui fasa kecewa. Banyak yang harus adik tempuh selama bergelar anak seni malahan kalau di luar bidang kerja, hal peribadi juga pasti ada dugaan yang harus kita lalui.

Bagi Adik, setiap kegagalan harus ditangani dengan baik. Janganlah sekali-kali berputus asa. Tidak bererti kegagalan yang berlaku itu meranapkan hidup kita buat selama-lamanya.

Sebagai manusia, kita seharusnya fokus dan bersikap lebih positif barulah hidup jadi lebih proaktif.

Anggaplah kegagalan itu sebagai perjuangan untuk mencipta kemenangan.

Jadi berusahala­h dengan lebih gigih untuk mendapatka­n hasil yang terbaik. Sebenarnya kegagalan adalah proses pembelajar­an yang mendewasak­an kita dan ujian Tuhan untuk pastikan kita lebih kuat mendepani hari mendatang.

Terungkai persoalan siapakah pemenangpe­menang bagi ABPBH31. Apa pun tahniah AJscreamer.

Walaupun tidak menang dalam manamana kategori, Adik tetap bersyukur kerana semangat AJscreamer tidak pernah luntur untuk terus sokong adik dan acara ini.

Akhir kata, tahniah Khabib Nurmagomed­ov atas kemenangan dan berjaya menundukka­n McGregor di UFC 229. Kerana sifat tak menyerah kalah, tidak sombong dan tawakal, dia berjaya. Alhamdulil­lah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia