Harian Metro

Kisah penghidap gangguan bipolar

-

Gangguan bipolar adalah penyakit mental yang menjejaska­n ragam, tenaga dan keupayaan seseorang daripada berfungsi dengan baik.

Seseorang yang mengalami gangguan ini mengalami perubahan ‘mood’ daripada terlalu gembira kepada murung.

Hakikatnya, bipolar sangat membebanka­n pesakit dan keluarga mereka.

Ia menjejaska­n pekerjaan, jangka hayat menjadi lebih pendek serta sosial dan kualiti hidup kurang baik.

Mengangkat kisah penghidap bipolar, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan karya Silver Linings Playbook yang menerima banyak Anugerah Oscar pada 2013.

Ditayangka­n pada 16 Oktober, jam 9.30 malam menerusi saluran TV 2, filem arahan David O Russel ini menampilka­n lakonan mantap Bradley Cooper, Jacki Weaver, Jennifer Lawrence dan Robert Di Nero.

Pat tinggal bersama keluargany­a selepas menjalani rawatan selama lapan bulan di institusi mental.

Selepas dibebaskan, Pat berhasrat kembali menjalani kehidupan biasa dan tinggal bersama isterinya. Bagaimanap­un, isterinya minta diceraikan.

Pat menghadapi pelbagai masalah dan tekanan perasaan yang kadang kala dia sendiri tidak dapat mengawal dirinya serta pernah bergaduh dengan bapanya.

Suatu hari, Pat berjumpa dengan seorang janda bernama Tiffany. Wanita itu menawarkan diri menghantar surat Pat kepada bekas isterinya dengan syarat Pat menjadi pasanganny­a dalam pertanding­an tarian.

Mereka berlatih bersamasam­a dan semakin rapat hingga membibitka­n perasaan cinta.

Terapi tarian membantu Pat mengatasi masalah mental yang dihadapiny­a dan melupakan bekas isterinya.

 ??  ?? BABAK dalam filem ini.
BABAK dalam filem ini.
 ??  ?? NADIA BRIAN
NADIA BRIAN
 ??  ?? ANUSHKA SHETTY
ANUSHKA SHETTY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia