Harian Metro

Rose Salazar

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Mula menceburi karier lakonan sejak lapan tahun lalu, Rose Salazar mencuri tumpuan menerusi watak Brenda dalam filem Maze Runner: The Scorch Trials.

Wanita berusia 33 tahun itu memulakan kembara seni dengan drama televisyen.

Kemudian, rezekinya semakin murah apabila diberikan kepercayaa­n beraksi dalam filem pada

2012.

Walaupun peluang melebarkan sayap ke layar perak terbentang luas, Rose sama sekali tidak melupakan karya televisyen yang suatu ketika dulu membantu memperkena­lkan namanya.

“Saya masih aktif menjayakan drama televisyen. Selagi ada ruang untuk berlakon dalam mana-mana siri, saya akan terima dan menjiwai watak dengan baik tanpa perlu ada diskrimina­si antara karya televisyen dan filem.

“Saya mengenali dunia hiburan bermula dengan drama. Awal kemunculan, saya bukanlah seperti pelakon lain yang terus ‘meletup’. Banyak kesukaran saya lalui untuk berada di tahap sekarang,” katanya.

Tampil dengan filem

Alite: Battle Angel yang bakal menemui penonton tahun depan, lakonan Rose mendapat pujian daripada pengarah dan penerbit filem berkenaan.

Tetap merendah diri,

Rose menganggap ia sebagai kata-kata semangat agar terus melakukan yang terbaik tanpa terlalu memikirkan populariti dan terasa hati dengan kritikan pedas netizen.

Katanya, andai terlalu takut dengan kritikan, dia mungkin tidak dapat melangkah lebih jauh dan sudah berputus asa. Bagaimanap­un, rakan seperjuang­an banyak membantu.

Begitu juga dengan pujian yang diterima. Ia adalah salah satu motivasi agar

Rose sentiasa memandang ke hadapan tanpa rasa takut untuk mencuba pelbagai watak.

“Kalau turutkan hati yang terlalu bimbang dan takut dengan kritikan, saya mungkin sudah duduk di rumah dan mencari pekerjaan lain yang kurang mendapat kecaman daripada netizen.

“Bagaimanap­un, lakonan adalah jiwa saya. Sama ada watak kecil atau besar, saya tidak kisah. Asalkan saya dapat merealisas­ikan sesebuah watak yang diberikan.

“Apa pun, terima kasih atas pujian yang diberikan. Saya tidak tahu penerimaan penonton terhadap lakonan saya dan filem berkenaan. Namun, sudah semestinya saya mengharapk­an yang terbaik,” katanya.

Mengimbas kembali kenangan lalu, Rose pernah bekerja selama 16 jam dan menerima bayaran kirakira RM160 sebagai pelakon tambahan dalam video College Humor.

Melangkah masuk ke bilik persalinan, kata Rose, dia terkejut melihat ramai wanita jelita dengan tubuh langsing dan seksi sedang bersiap untuk memulakan penggambar­an.

“Ketika itu, terdetik di hati saya tidak layak berada dalam bidang ini kerana tidak setinggi mereka dan fizikal saya juga tidak menarik.

“Bagaimanap­un, akhirnya saya sendiri terkejut kerana berjaya bertahan sehingga ke hari ini sebagai pelakon drama dan filem,” katanya.

Enggan terlalu fikir populariti atau terasa hati dengan kritikan pedas

netizen

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia