Harian Metro

BERDAKWAH DENGAN HIKMAH

-

Sebut sahaja nama Firaun, pasti kita terbayangk­an sikap sombongnya mengaku diri sebagai tuhan. Firaun juga terkenal dengan sikap angkuh dan menindas rakyatnya.

Ketika pemerintah­annya, Firaun mengerahka­n seluruh jentera kerajaanny­a membunuh bayi lelaki daripada Bani Israel hasil tafsiran mimpi.

Dalam mimpi itu, seorang nabi merangkap rasul agung akan diutuskan. Bagaimanap­un, perutusan rasul itu bukan datang dengan cara yang mudah, ia datang bersama ancaman dan dugaan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhn­ya dia melampaui batas, maka berbicaral­ah kamu berdua kepadanya dengan katakata yang lemah-lembut mudahmudah­an ia ingat atau takut.” (Surah Thaha, ayat 43-44)

Nabi Musa diseru untuk bercakap lemah-lembut dengan Firaun yang kejam. Kita sering sangka apabila berhadapan dengan perkara tidak sepatutnya, kita terus kecam, meninggika­n suara dan pelbagai lagi tindakan tanpa memikirkan kesannya.

Kadangkala apabila kita mempunyai sedikit ilmu, mulalah timbul perasaan bangga diri dan sombong. Kita rasa takjub pada diri sendiri dan berasakan diri lebih mulia daripada orang lain

Sifat itu juga ada pada Firaun. Pada awalnya, kita ingin menegur orang yang melakukan kemungkara­n, tetapi kita sama saja seperti mereka.

Saya selalu ingatkan pada diri, kadang-kadang terlepas cakap atau kasar dalam menegur apabila terlampau marah. Memang susah hendak kawal perasaan apabila ada perkara yang tidak kena di mata.

Alangkah malangnya apabila kita memarahi seseorang di khalayak ramai. Kasihan kepada orang yang kena marah. Di mana dia hendak letak air mukanya ketika itu.

Itulah pentingnya adab. Dalam apa keadaan sekalipun adab perlu diutamakan. Belajar menuntut ilmu adalah mudah, tetapi untuk mengamalka­n adab memang cukup payah.

Bercakap mengenai ilmu juga memang mudah, namun untuk mengamalka­n ilmu itu dengan penuh adab menjadi susah jika tidak diiringi iman dan niat yang betul.

Ramai dalam kalangan kita suka bercakap perkara yang siasia. Malah, ketika duduk seorang diri juga kita boleh melakukan dosa. Itulah sikap dan budaya yang sedang diamalkan ramai orang di alam maya.

Mungkin kita tidak jumpa orang secara berhadapan, tetapi tetap melakukan perkara sehingga memecah belahkan keharmonia­n seseorang dengan menulis perkara tidak baik laman sosial milik orang lain.

Ibarat kita masuk rumah orang tanpa memberi salam lalu terus menghambur­kan kata-kata nista kepada tuan rumah.

Apa salahnya jika ada perkara tidak betul dilihat pada pandangan kita, terus bertemu secara bertentang mata, kemudian nyatakan apa yang tidak betul itu secara berhikmah.

Kadang-kadang apa yang kita lihat dan fikir tidak semestinya betul. Sebab itu, penting sekali mengambil sikap bersangka baik.

Menurut Imam al-Ghazali, marah terdiri daripada beberapa jenis iaitu: tidak tahu marah, cepat marah (tidak bertempat), marah pertengaha­n dan marah keterlalua­n.

Namun, ada masanya kita perlu juga marah iaitu ketika ada orang mempermain­kan soal agama. Untuk menghadapi situasi itu, saya berpandang­an ia perlu dilakukan dengan bijaksana dan cermat.

Seperti peribahasa Melayu, ‘Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan sampai putus, tepung jangan sampai berselerak’.

Walaupun kita marah dengan perbuatan itu, tetapi kita perlu menjaga dan mengawal kemarahan daripada meletus dalam usaha menyebarka­n kebaikan.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling­mu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanla­h ampun bagi mereka, dan bermusyawa­rahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu membulatka­n tekad, maka bertawakal­lah kepada Allah. Sesungguhn­ya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Bagaimanap­un, kita tetap perlu bertegas dalam menegur kemungkara­n jika teguran lembut tidak lagi diterima. Saya teringat kisah syaitan berlari bertempiar­an apabila mendengar tapak kaki Umar bin Khatab sebab takut terserempa­k dengannya.

‘Singa Allah’ itulah gelaran buat Umar. Ada kalanya kita perlu menjadi seperti Umar yang sangat tegas supaya tidak ada pihak yang mudah mempersend­akan agama Islam.

Senyum selalu,

Selalu bersangka baik, Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia