Harian Metro

Insan hebat mampu tahan marah

-

Dalam sebuah hadis diriwayatk­an oleh Abu Hurairah, Rasulullah

SAW bersabda yang bermaksud: “Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Ghazali berkata: Ketahuilah kemarahan itu apabila meluapluap masuk ke dalam hati dan terus bergejolak, sehingga akhirnya menjadi dendam.

Dendam diertikan marah yang dipelihara. Rentetan itu, ia akan melahirkan rasa tidak tenteram dalam diri. Apabila dendam bersarang dalam diri, ia membuka ruang kepada perasaan negatif sehingga sukar ia dibuang dan akhirnya menguasai diri.

Dendam menjadi pendorong kepada dengki. Jika dibiarkan, berlakulah permusuhan yang tidak berkesudah­an.

Allah berfirman dalam surah alA’raf, ayat 199 bermaksud: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjaka­n yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”

Bagi golongan yang mampu menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain, itulah insan luar biasa yang perlu dicontohi.

Tidak dinafikan, untuk memaafkan kesalahan orang adalah satu perkara amat berat, namun apabila dilaksanak­an, Allah akan campakkan ketenangan di dalam hati.

Apakah jiwa dan akhlak sehebat itu dimiliki oleh umat Islam hari ini? Dunia kini menyaksika­n terlalu banyak jiwa yang lebur disebabkan tiada kesabaran.

Bahkan, ramai hilang pedoman apabila nafsu menguasai diri melebihi keimanan. Tidak ramai sanggup menelan cercaan, maka dibalas juga dengan kemarahan dan akhirnya fitnah terus berleluasa dalam masyarakat.

Apabila hilang sabar ketika menghadapi cabaran akan membentuk individu pemarah.

Orang yang ada sifat dendam memiliki ciri-ciri berikut:

1. Ada rasa benci dalam hati terhadap orang yang dia menaruh dendam.

2. Tidak senang jika orang lain mendapat kebahagiaa­n atau kenikmatan.

3. Merasa senang jika orang yang dia dendam mendapat kesengsara­an atau musibah.

4. Ada keinginan melakukan kejahatan atau membalas kejahatan itu.

5. Mempengaru­hi orang lain untuk menyakiti atau menjauhi orang yang dia berdendam.

6. Menghalang orang yang dia dendam daripada mendapat haknya.

Berikut beberapa kaedah sebagai panduan untuk memperbaik­i diri mencari reda Ilahi, iaitu:

1. Membaca al-Quran.

Penawar mustajab untuk memupuk jiwa pemaaf dan memberikan ketenangan jiwa. Pernah datang seorang lelaki dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram bertanyaka­n penawar kepada Ibnu Masud. Jawabnya, “Kalau begitu bacalah al-Quran atau engkau mendengar orang membaca alQuran.”

2. Selalu menghadiri majlis ilmu. Mengunjung­i tempat pengajian cara mendidik jiwa mengenali dan sentiasa mengingati Allah. Di dalam majlis ilmu sentiasa dipenuhi nasihat, ilmu, ayat-ayat al-Quran dan hadis.

Ia bertujuan mendidik nafsu dan emosi supaya sentiasa bertindak mengikuti kehendak Allah serta tidak menyalahi syarak

3. Basahkan bibir dengan berzikir.

Janji Tuhan melalui firman-Nya yang bermaksud: “(Iaitu) orangorang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramla­h hati manusia.” (Surah ar-Rad, ayat 28)

4. Menjaga solat.

Dalam solat, seorang hamba seolah-olah berada di hadapan Tuhannya. Dengan penuh khusyuk dia boleh memohon apa saja kepada Allah. Perasaan itu menimbulka­n kejernihan spiritual, ketenangan hati dan keamanan diri.

5. Bersangka baik kepada orang. Punca rasa tidak tenang kerana timbul prasangka pada orang lain. Perkara itu menyebabka­n hubungan akan menjadi tidak selesa.

6. Berdoa dijauhkan daripada penyakit hati.

Dendam adalah penyakit hati, maka tidak layak kita menyimpann­ya di dalam diri. Jika ingin membalas dendam, paksa diri supaya tidak mengikutin­ya dan cuba hilangkan perasaan itu.

Pandanglah dengan rahmah, Ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia