Harian Metro

Setiap hari marah anak bergaduh

- Afiz, Kuala Lumpur

Saya mempunyai lima anak berusia setahun hingga tujuh tahun. Hampir setiap hari, apabila sampai di rumah saya akan marah anak-anak kerana tidak tahan mendengar mereka bergaduh dan menangis berebut barang mainan.

Saya kesal berbuat demikian kerana dengan orang lain saya boleh bercakap lembut dan sabar tetapi di rumah, watak saya berbeza sekali. Boleh ustaz berikan doa dan amalan yang boleh dilakukan buat orang bersikap panas baran dan garang dengan anak-anak ini?

Seorang Muslim hendaklah menahan marah dalam banyak perkara kecuali apabila agamanya dipersenda­kan. Firman

Allah yang bermaksud: “Orang-orang yang bertakwa ialah orang yang berinfak (bersedekah) baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 134).

Sifat pemarah adalah sifat tercela. Seorang

Muslim hendaklah berusaha

bersungguh-sungguh untuk menghindar­inya. Marah bukan pada tempatnya adalah hasutan daripada syaitan.

Dari ‘Atiah RA, dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhn­ya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Perbuatan itu juga dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada anakanak. Tabiat itu kemudian

akan ditiru oleh anak-anak. Sentiasa bertaubat dan berusaha memperbaik­i akhlak serta mohonlah kemaafan daripada mereka yang sering dimarahi.

Ajarkan anak-anak mengemas, mendengar kata, berikan pujian dan ganjaran supaya anak-anak bersemanga­t untuk menjadi baik.

Anda boleh mengamalka­n ayat 159 surah Ali Imran dan ayat satu hingga lima surah Toha selain menjaga wuduk dan sentiasa beristighf­ar. Semoga dapat beramal dengan membacanya setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia