Harian Metro

MENTERI JADI DATUK SERI

- Nurul Fhatihah Zakinan fhatihah@nstp.com.my

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun mendahului senarai 419 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan Hari Jadi ke-80 Yang di-Pertua (YDP) Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, semalam.

Majlis penganuger­ahan yang berlangsun­g di Dewan Seri Negeri di sini, membabitka­n dua sesi iaitu semalam dengan 161 penerima manakala 258 lagi pada 10 November depan.

Rina antara 14 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri selain Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkeply Ahmad, Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Mohd Khalil turut menyampaik­an Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira kepada sembilan penerima iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Jaafar, Timbalan Menteri di JPM Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik, Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Wira Mohd Hatta Md Ramli dan Ketua Polis Melaka Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah.

Selain itu, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk dianugerah­kan kepada 18 penerima iaitu EXCO Perindustr­ian, Perdaganga­n dan Pelaburan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohid­een, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Tey Kok Kiew, EXCO Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis dan EXCO Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kemudahan Awam negeri Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab.

Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk turut disampaika­n kepada 44 penerima iaitu Duta Besar Myanmar Datuk Zahairi Baharim dan bekas atlet olahragawa­n kebangsaan Datuk M Ramachandr­an.

419 terima Pingat Kebesaran sempena sambutan hari lahir ke-80 YDP Negeri Melaka, semalam

Pada sesi penganuger­ahan itu, seramai 18 orang menerima Darjah Seri Melaka (DSM), 35 penerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 72 penerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 100 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 87 Pingat Bakti Masyarakat (PBM).

 ??  ?? DARI kiri, Saifuddin, Rina, Mohd Redzuan dan Dr Dzulkefly melihat pingat DGSM yang diterima di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.
DARI kiri, Saifuddin, Rina, Mohd Redzuan dan Dr Dzulkefly melihat pingat DGSM yang diterima di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.
 ??  ?? ADLY (tengah) beramah mesra dengan penerima pingat di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.
ADLY (tengah) beramah mesra dengan penerima pingat di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia