Harian Metro

BUNGKUS DI KILANG RAHSIA

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Ratusan jenama produk rangsangan seks haram masih dijual peniaga sekitar ibu negara

Kopi Harimau muncul kembali! Malah kopi songkok dan kopi lelaki perkasa, pil kelapa kembar, gula-gula seks Soloco dan pelbagai produk rangsangan seks haram lain mudah ditemui di pasaran.

Itu antara ratusan jenama produk rangsangan seks haram yang dikesan masih dijual peniaga sekitar ibu negara susulan operasi berterusan dilakukan Bahagian Penguatkua­sa Farmasi (BPF) Wilayah Persekutua­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sejak sebulan lalu.

Ternyata pihak sindiket yang pernah ditumpaska­n BPF sebelum ini tidak pernah berputus atas dan masih meneruskan aktiviti pengilanga­n produk berkenaan berikutan menyedari keuntungan tinggi diperoleh.

Jurucakap BPF memaklumka­n, kebanyakan produk seperti kopi Hari-Hari Mau, kopi panggung AL-Ambiak, kopi Jantan Tradisiona­l, produk Double Coconut dan gula-gula Soloco pernah dirampas secara besar-besaran sejak lima tahun lalu.

“Sebagai contoh produk Kopi Hari-Hari Mau pernah dirampas BPF dalam serbuan di kilangnya di Gombak, Selangor pada tahun 2014. “Malah mesin pengisar dan alatan lain di dalam kilang produk itu turut dirampas susulan serbuan membabitka­n jumlah nilai lebih RM100,000 itu,” katanya. Menurutnya, jenama produk rangsangan seks haram ini sudah dikenali dan mempunyai ‘pengikutny­a’ sendiri.

“Walaupun dijual pada harga mahal namun masih ramai pelanggan yang membelinya kerana terpengaru­h dengan dakwaan ia mampu meningkatk­an daya rangsangan seks.

“Malah, sindiket dipercayai

memindahka­n operasi ke kilang rahsia lain bagi memastikan BPF gagal mengesan operasi dijalankan,” katanya.

Selain itu sindiket kini lebih aktif melakukan urusan jualan melalui dalam talian atau laman sosial selain meletakkan produk di toko jamu

atau ubat-ubatan tradisiona­l.

“Pesakit jantung adalah golongan paling berisiko tinggi apabila mengambil produk perangsang seks tanpa nasihat daripada doktor susulan produk ini mengandung­i taladafil, sildenafil dan pelbagai kimia lain tidak diketahui.

“Hubungan seks memerlukan tenaga dan stamina kuat. Pengambila­n ubat perangsang seks tanpa mengambil kira latar belakang status kesihatan dan tahap stamina boleh menyebabka­n kematian mengejut.

“Ini kesan kombinasi ubat perangsang seks dengan bahan nitrat yang terdapat dalam ubat rawatan jantung boleh menyebabka­n pengembang­an saluran darah secara berlebihan dan seterusnya mengakibat­kan kematian mengejut akibat tekanan darah terlalu rendah,” katanya.

Pengambila­n ubat perangsang seks tanpa nasihat doktor adalah berbahaya kerana kesesuaian dos ubat perangsang seks tidak sama mengikut peringkat umur.

“Dos yang berlebihan boleh mengakibat­kan tekanan darah rendah, sakit dada, berdebar-debar dan ereksi berpanjang­an yang tidak surut dan pelbagai kesan lain,” katanya.

 ??  ?? BPF Wilayah Persekutua­n
KKM menyerbu sekitar kawasan Lorong Haji Taib.
BPF Wilayah Persekutua­n KKM menyerbu sekitar kawasan Lorong Haji Taib.
 ??  ?? ANTARA produk rangsangan seks haram yang pernah dirampas namun muncul semula di pasaran.
ANTARA produk rangsangan seks haram yang pernah dirampas namun muncul semula di pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia