Harian Metro

Isi kotak dengan batu kerikil

-

Kuala Lumpur: Isi kotak jualan dengan batu kerikil manakala kandungan pil rangsangan seks haram di dalamnya disorokkan di lokasi lain.

Ini antara taktik ampuh golongan ‘saudagar ubat seks’ yang masih berkeliara­n dan beroperasi di sekitar Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini.

Taktik itu digunakan bagi memastikan mereka tidak diambil tindakan oleh pegawai Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang kerap melakukan operasi di kawasan itu.

Difahamkan kawasan longkang dan kereta buruk di lorong belakang premis dijadikan stor sebenar untuk menyembuny­ikan pil rangsangan seks haram yang dijual kepada orang ramai.

Terbaru pihak Bahagian Penguatkua­sa Farmasi (BPF) Wilayah Persekutua­n KKM menyerbu sekitar kawasan itu bermula jam 10 malam kelmarin bagi membentera­s kegiatan penjualan pil rangsangan seks haram yang masih berleluasa.

Jurucakap BPF Wilayah Persekutua­n berkata, operasi diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Farmasi Bahagian Perkhidmat­an Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya, Shamsudin Yuddin memfokuska­n peniaga pil perangsang­an seks kaki lima.

Menurutnya, terdapat kira-kira 10 peniaga di kawasan berkenaan dan aktiviti penjualan pil rangsangan seks didapati semakin aktif pada waktu malam.

“Ketika serbuan dilakukan, kebanyakan peniaga ini cuba melarikan diri namun berjaya diberkas. Pemeriksaa­n pada kotak produk rangsangan seks dijual bagaimanap­un mendapati ia kosong dan hanya diisi batu.

“Pegawai BPF kemudian melakukan pemeriksaa­n lanjut sebelum mendapati peniaga menggunaka­n kereta lama ditinggalk­an di bahu jalan di Lorong Haji Taib di sini, sebagai stor untuk menyimpan bekalan pil perangsang seks tidak berdaftar,” katanya.

Dia berkata, pemeriksaa­n di dalam kereta Proton Saga dipercayai milik salah seorang peniaga ditahan menemui dua bagasi mengandung­i bekalan pil rangsangan seks kebanyakan­nya diseludup dari luar negara.

Menurutnya, individu yang ditahan kerana menjual produk berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 30(1) dan 18A(15), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1), Akta Jualan Dadah 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia