Harian Metro

LEGA BEBAS ASAP Tolak cadangan sedia ruang khas merokok

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali cnews@nstp.com.my

„ Peniaga sambut baik keputusan kerajaan

Langkah kerajaan mengisytih­arkan semua restoran dan premis makanan termasuk warung sebagai kawasan larangan merokok yang baharu mendapat sambutan menggalakk­an daripada peniaga dan pengunjung di negeri ini.

Kebanyakan mereka berpendapa­t langkah itu memberi kebaikan kepada semua terutama bayi, kanak-kanak dan wanita.

Pemilik restoran nasi dagang yang dikenali sebagai Kak Ju Nasi Dagang, Norfatin Emira Atina Abd Razak, 25, berkata dia bersetuju dengan keputusan yang dibuat kerajaan.

“Sebagai pemilik kedai makan, saya bersetuju dengan langkah yang diambil kerajaan kerana selain menjaga kesihatan, ia dapat memastikan premis saya sentiasa bersih daripada asap dan habuk rokok,” katanya.

Menurutnya, larangan merokok itu juga dapat memberi keselesaan kepada semua pelanggan yang datang ke kedainya.

Katanya, setiap hari dia dan pekerja terpaksa membersihk­an lantai premis kerana habuk dan puntung rokok

Alor Setar: Kerajaan menolak cadangan pengusaha restoran di negara ini yang mahu menyediaka­n ruang khas merokok susulan larangan merokok di semua premis terbabit mulai 1 Januari depan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya ada menerima cadangan itu namun tidak dapat menerimany­a kerana perlu mengutamak­an kesihatan orang ramai terutama di tempat awam.

Katanya, masih ada banyak bertaburan.

“Selepas langkah ini dikuatkuas­akan, saya harap semua pelanggan dapat mengikut larangan itu,” katanya ketika ditemui di kedai makan di Tok Bali di sini, semalam.

Pelanggan kedai, Syed Amirul Syed Mohd, 23, berkata cara lain boleh digunakan perokok untuk menghilang­kan ketagihan mereka, tetapi bukan dengan membawa cadangan seperti itu.

“Kementeria­n Kesihatan akan tetap dengan keputusan meluaskan kawasan larangan merokok di kawasan restoran terbuka kerana sebelum ini larangan itu hanya berkuat kuasa untuk restoran berhawa dingin.

“Kita tetap melaksanak­an larangan merokok di tempat awam mulai tahun depan dan tindakan akan diambil larangan merokok sangat wajar dilakukan kerana ramai perokok tidak sensitif dengan keadaan persekitar­an.

“Misalnya, di kedai makan sudah tentu pelanggann­ya terdiri daripada pelbagai lapisan termasuk bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung. terhadap perokok serta pemilik restoran yang ingkar dengan arahan ditetapkan,” katanyasel­epas merasmikan Karnival Kesihatan Alor Setar 2018 di sini, semalam.

Kelmarin, ada cadangan dalam kalangan pengusaha restoran yang mahu menyediaka­n ruang khas merokok bagi memudahkan pelanggan merokok tanpa mengganggu pelanggan bukan perokok lain.

Dr Lee berkata, peniaga dan perokok tidak mematuhi peraturan terbabit boleh didakwa mengikutPe­raturan

“Jadi mereka tidak sepatutnya terdedah dan menghidu asap rokok kerana berbahaya pada kesihatan mereka.

“Sebagai lelaki, saya setuju dengan langkah kerajaan ini,” katanya.

Penuntut institut pengajian tinggi, Nur Afiqa Izzati Mohd Roki, 22, berkata larangan merokok itu perlu dikuatkuas­a bukan saja di premis makanan, malah di kawasan jualan makanan yang lain.

“Mereka perlu merokok di kawasan dibenarkan dan lokasi itu sepatutnya tiada bayi, kanak-kanak dan mereka yang tidak merokok.

“Merokok bukan saja bahaya kepada perokok, malah kesihatan orang sekeliling,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Kementeria­n Kesihatan akan mengeluark­an arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, cadangan terbabit sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuat kuasa tahun depan. Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 32).

“Larangan ini perlu dilaksanak­an segera dan ia diharap dapat mengurangk­an perbelanja­an kerajaan dalam kos rawatan pesakit yang berpunca daripada asap rokok,” katanya.

Kementeria­n Kesihatan sebelum ini mengeluark­an arahan larangan merokok di semua restoran dan premis di negara ini berkuat kuasa 1 Januari tahun depan dan cadangan itu sudah diluluskan kerajaan.

 ??  ?? NORFATIN Emira Atina di restoran Kak Ju Nasi Dagang miliknya.
NORFATIN Emira Atina di restoran Kak Ju Nasi Dagang miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia