Harian Metro

REDA WAKILI ANAK

- Mohd Zulkifli Zainuddin mohd.zulkifli@nstp.com.my

Ibu graduan meninggal dunia akibat komplikasi jantung sebak terima skrol ijazah

“Sepatutnya anak yang berada di atas pentas untuk mengambil skrol ijazah, bukannya saya,” kata Zabidah Hamid, ibu graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung Mei lalu.

Noor Airen Umirah Azmi, 23, yang menerima ijazah Sarjana Muda Keusahawan­an (Perdaganga­n) meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, 29 Mei lalu.

Lebih menyedihka­n, Zabidah, 44, berkata, arwah sudah membeli tiket pulang ke rumah di Pulau Pinang pada 29 Mei lalu untuk cuti Aidilfitri, tetapi kembali ke rahmatulla­h.

Katanya, ia petanda anaknya pergi buat selama-lamanya.

Menurutnya, sehingga kini dia dan keluarga masih sedih mengenangk­an anak sulung daripada dua beradik yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah.

“Noor Airen Umirah sebelum ini sihat saja sehinggala­h saya dikhabarka­n arwah dimasukkan ke HRPZII kerana demam pada 27 Mei lalu. “Pada mulanya anak menghubung­i saya memaklumka­n keadaannya baik saja dan tidak mahu saya datang ke Kelantan menjengukn­ya. “Ketika dihubungi, cara arwah bercakap macam biasa seperti keadaannya sudah sembuh. Namun saya tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan sepupu yang memaklumka­n anak koma pada jam 8 pagi keesokan hari.

“Saya dan suami Azmi Osman, 51, terus ke Kelantan untuk melihat keadaannya dan doktor memaklumka­n arwah mengalami komplikasi jantung,” katanya selepas Majlis Istiadat Konvokesye­n UMK Ke-8 di Kampus Kota UMK yang bermula semalam hingga Rabu.

Zabidah berkata, pada jam 9 pagi keesokan hari dia dimaklumka­n doktor anaknya disahkan meninggal dunia dan semua organ dalaman tiba-tiba rosak dalam masa 24 jam sehingga bedah siasat tidak dapat dijalankan.

“Sukar untuk kami terima keadaan anak yang sebelum ini sihat, tiba-tiba mengalami komplikasi jantung sehingga semua organ dalamannya rosak. Sehingga kini saya masih hairan, namun reda dengan pemergiann­ya.

“Arwah seorang yang manja sejak kecil lagi dan sehingga kini setiap kali makan dia akan menyuruh saya menyuapnya.

“Sekarang tiada lagi suara keriangan arwah di rumah kami setiap kali pulang bercuti dan menyambut perayaan,” katanya.

 ??  ?? ZABIDAH dan Azmi melihat ijazah diperoleh arwah anak mereka, Noor Airen Umirah pada Konvokesye­n UMK di Kampus Kota, semalam.
ZABIDAH dan Azmi melihat ijazah diperoleh arwah anak mereka, Noor Airen Umirah pada Konvokesye­n UMK di Kampus Kota, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia