Harian Metro

SISWA ASKAR WATANIAH

- Fitri Nizam cnews@nstp.com.my

Penyertaan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dalam Askar Wataniah (AW) dilihat semakin menggalakk­an apabila menunjukka­n peningkata­n 30 peratus bagi Terengganu dan Kelantan.

Panglima 8 Briged Brigedier Jeneral Muhammad Huzaimi Sabri berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merekodkan penyertaan 5,000 orang awam yang berdaftar sebagai AW di kedua-dua negeri di bawah seliaannya setakat ini.

Katanya, berdasarka­n daripada jumlah keseluruha­n itu, 30 peratus daripada mereka adalah penuntut yang menyambung pelajaran mereka di IPT tempatan di kedua-dua negeri ini.

“Bagi Terengganu, kami menerima penyertaan daripada penuntut dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kolej Universiti TATI dan sebagainya, manakala di Kelantan penyertaan terbesar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

“Pada saya, penyertaan penuntut IPT ke dalam AW adalah satu peningkata­n positif, namun masih perlu digalakkan kerana walaupun berdaftar di sini kerana belajar namun secara holistik mereka akan menyumbang kepada negara apabila menamatkan pelajaran kelak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pembukaan Latihan Kem Tahunan (LKT) Rejimen 512 AW di sini, semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, Huzaimi berkata, ATM meletakkan sasaran peningkata­n penyertaan AW di setiap negeri adalah sebanyak 400 anggota setiap tahun.

“Sasaran ini adalah kerana kami melihat aspek pelbagai antaranya berhenti, tidak sambung perkhidmat­an, malah ada juga di antara mereka mengalami kekangan untuk terus berkhidmat atas faktor kerja,” katanya.

Sementara itu, Huzaimi menegaskan bahawa pihak ATM bersiap siaga bagi menghadapi kemungkina­n bencana banjir di Terengganu dan Kelantan pada musim tengkujuh yang bakal melanda.

“Penyelaras­an tugasan dilakukan bagi melancarka­n proses bantuan bencana banjir yang kami namakan Op Murni, namun bagi Terengganu beberapa unit ketumbukan dari Kelantan akan dikerahkan bagi membantu ops ini kelak.

“Kami akan letakkan satu unit di setiap daerah bagi membantu masyarakat yang ditimpa bencana, namun ia boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan suasana di lokasi berkenaan,” katanya.

Penyertaan penuntut IPT meningkat 30 peratus bagi Terengganu dan Kelantan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia