Harian Metro

Apple Watch bukti wartawan dibunuh

-

Istanbul: Siasatan Turki mengenai kehilangan wartawan, Jamal Khashoggi mendedahka­n dia diseksa dan dibunuh, berdasarka­n rakaman dibuat jam pintar Apple Watch miliknya, lapor sebuah akhbar Turki.

Laporan menerusi akhbar prokerajaa­n, Sabah yang tidak dapat disahkan itu muncul selepas delegasi Arab Saudi tiba di Turki untuk melakukan siasatan bersama mengenai kehilangan Jamal.

“Saat ketika Jamal disoal siasat, diseksa dan dibunuh, direkodkan dalam memori Apple Watch miliknya,” lapor akhbar sambil menjelaska­n data dalam jam itu disambungk­an ke iPhone milik Jamal yang dibawa oleh tunangnya di luar bangunan konsulat.

Dua pegawai kanan Turki sebelum ini memberitah­u Reuters bahawa Jamal memakai jam tangan berkenaan ketika memasuki bangunan konsulat dan disambungk­an ke telefon bimbitnya yang ditinggalk­an di luar.

Bagaimanap­un, tidak jelas sama ada data di dalam jam tangan itu dipindahka­n ke telefon bimbit dan bagaimana penyiasat boleh mendapatka­nnya tanpa mengambil jam tangan itu.

Akhbar itu yang memetik sumber dipercayai dalam unit risikan khas berkata, Jamal dipercayai memasang alat perakam pada telefon bimbitnya sebelum masuk ke konsulat.

Laporan itu menyebut ejen perisikan Arab Saudi menyedari fungsi perakam itu terpasang selepas Jamal mati dan mereka menggunaka­n cap jarinya untuk membuka dan memadam sebahagian fail sebelum rakaman itu ditemui pada telefon bimbit.

Khamis lalu, Turki dan Arab Saudi bersetuju untuk bekerjasam­a melakukan siasatan terhadap kes terbabit. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia