Harian Metro

UMPAMA KENA BOM

- Reuters

„ Florida musnah teruk, angka

kematian terus meningkat

Sekurang-kurangnya 17 maut akibat Taufan Michael dan angka kematian dikhuatiri meningkat selepas pasukan mencari dan menyelamat melakukan usaha pencarian di bandar Florida yang musnah teruk.

Pasukan penyelamat menggunaka­n anjing pengesan di sekitar Mexico Beach untuk mencari mangsa yang mungkin terperangk­ap di bawah sisa runtuhan.

“Mexico Beach musnah teruk. Ia seperti diletupkan oleh bom. Ia umpama medan perang,” kata Gabenor Florida, Rick Scott.

Lapan kematian dilaporkan berlaku di Florida, lima di Virginia, satu di Georgia dan tiga di North Carolina.

Dua daripada dua mangsa yang maut di North Carolin berlaku di daerah McDowell apabila kereta dihempap pokok terjatuh ke seberang jalan, kata pihak berkuasa.

Manakala banyak kediaman, kedai dan restoran diterbangk­an oleh gelombang ribut dan angin sekuat 250 kilometer sejam.

Sementara itu, ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Pusat (FEMA), Brock Long memberi amaran bahawa bilangan kematian dijangka meningkat.

“Saya harap ia tidak meningkat secara mendadak tetapi saya mempunyai sebab untuk percaya bahawa kita belum masuk ke kawasan yang terjejas teruk.

“Tidak ramai mangsa yang tinggal untuk menceritak­an bagaimana pengalaman mereka ketika dilanda taufan. Ia menyebabka­n banyak nyawa terkorban,” katanya.

Sebahagian penduduk tiba kelmarin dengan menaiki van dan lori dengan harapan dapat menyelamat­kan barang peribadi selepas rumah mereka musnah dilanda ribut.

 ??  ?? SEORANG penduduk melihat rumahnya yang beralih selepas dilanda Taufan Michael di Mexico Beach, Florida. - AFP
SEORANG penduduk melihat rumahnya yang beralih selepas dilanda Taufan Michael di Mexico Beach, Florida. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia