Harian Metro

LEPASI SASARAN EMAS

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

„ Kontinjen negara raih kejayaan luar biasa selepas Afiq Afify,

Nur Azlia sumbang dua lagi pingat di Sukan Para Asia

Jaguh basikal cacat penglihata­n, Afiq Afify Rizan dan Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais menjadi penyumbang utama bagi melengkapk­an kejayaan luar biasa kontinjen Malaysia yang 17 pingat emas di Sukan Para Asia Jakarta 2018.

Gandingan Afiq Afify dan jurumudi Khairul Adha Rasol menepati ramalan awal apabila menang emas acara ujian masa 1KM tandem lelaki B (00:01:03.942s) selepas menewaskan rakan senegara, Aiman Asyraf Ahmad Bajuri/ Mohd Faizal Mohamed Noh (jurumudi), dan pelumba Korea Selatan, Kim Jungbeen (gangsa).

Nur Azlia dan jurumudi, Nurul Shuhada Zainal pula memperoleh emas peribadi ketiga mereka di Sukan Para Asia Jakarta 2018 selepas menewaskan pelumba tuan rumah, Sri Sugiyanti (perak) dan gandingan pelumba negara Nur Syahida Tajudin/Nur Rozi Yanti Mat Rodzi (jurumudi) dalam acara ujian masa tandem wanita B.

Kontinjen Malaysia mencapai sasaran 15 emas selepas atlet olahraga Eddy Bernard muncul juara acara lompat jauh lelaki T44, T62/64 (cacat anggota kaki), kelmarin.

Kejayaan itu membolehka­n Malaysia menutup tirai temasya semalam dengan meraih 17 emas, 26 perak dan 25 gangsa, sekali gus mengatasi pencapaian di Incheon 2014 dengan 15 emas, 20 perak dan 27 gangsa.

Pada temasya kali ini, Malaysia berjaya meraih lapan pingat emas menerusi acara olahraga, basikal (lima), tenpin bowling (dua) dan masing-masing satu emas melalui renang dan ping pong.

Kejayaan skuad olahraga merangkul lapan emas menerusi acara olahraga bertambah manis apabila Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Puzi memperbaha­rui dua rekod dunia.

 ??  ?? AFIQ Afify (dua dari kanan) bersama Khairul Adha (kanan) menunjukka­n emas acara ujian masa 1KM tandem lelaki B selepas menewaskan rakan senegara Mohd Faizal (kiri) dan
Aiman Asyraff.
AFIQ Afify (dua dari kanan) bersama Khairul Adha (kanan) menunjukka­n emas acara ujian masa 1KM tandem lelaki B selepas menewaskan rakan senegara Mohd Faizal (kiri) dan Aiman Asyraff.
 ??  ??
 ??  ?? NUR Azlia (kanan) bersama Nurul Shuhada menunjukka­n menunjukka­n emas peribadi ketiga mereka di Sukan Para Asia Jakarta 2018.
NUR Azlia (kanan) bersama Nurul Shuhada menunjukka­n menunjukka­n emas peribadi ketiga mereka di Sukan Para Asia Jakarta 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia