Harian Metro

Kebangkita­n pemain muda ‘sinar’ buat arena badminton negara

-

lama rasanya kita tidak mendengar khabar gembira daripada barisan pemain muda negara yang sering menemui kegagalan apabila beraksi di pentas antarabang­sa.

Namun sejak seminggu dua ini, rasa sedap sedikit membaca artikel mengenai kejayaan dua pemain negara - Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei.

Entah daripada mana datangnya kekuatan, Zii Jia melakukan kejutan dengan muncul juara Terbuka Taiwan selepas menewaskan pemain Jepun, Riichi Takeshita minggu lalu.

Semalam, pemain perseorang­an wanita negara, Jin Wei pula menambah ceria arena badminton negara apabila memenangi pingat emas di temasya Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina dengan menewaskan pilihan kedua kejohanan dari China, Wang Zhiyi.

Menariknya, emas yang disumbangk­an oleh Jin Wei adalah yang pertama dimenangi kontinjen negara di temasya itu.

Sudah sekian lama saya katakan kita sebenarnya tidak pernah ketandusan bakat. Tapi bagaimana kita mahu mencorak perjalanan karier bakat yang dimaksudka­n itulah perkara paling penting.

Dalam kes Zii Jia dan Jin Wei, bakat yang ada pada dua pemain muda negara ini harus dijaga sebaik-baiknya.

Tidak mustahil untuk mereka mencapai kejayaan lebih besar pada masa depan dengan asuhan yang betul serta sokongan padu individu di sekeliling mereka.

Zii Jia umpamanya tidak boleh terus dibuai dengan kejayaan di Terbuka Taiwan. Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki olehnya.

Apabila kelemahan itu sudah ditutup, maka mereka pasti akan lebih menyerlah pada masa depan.

Begitu juga dengan Jin Wei. Dengan faktor fizikal yang tidak banyak memihak kepadanya, banyak ‘kerja’ yang perlu dilakukan olehnya.

Namun satu perkara yang menarik mengenai pemain ini ialah dia tidak pernah berputus asa, sebaliknya berusaha sehingga titisan peluh terakhir untuk mencapai keputusan terbaik.

Sebenarnya banyak lagi pemain negara baik di dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atau di luar yang mempunyai bakat besar.

Hanya bagaimana kita perlu mengurus dan memanfaatk­an bakat mereka ini.

Jumpa lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia