Harian Metro

JIN WEI LAKAR SEJARAH

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Buat kali pertama dalam sejarah, atlet negara berjaya memenangi emas di temasya Sukan Olimpik Belia (YOG) yang berlangsun­g di Buenos Aires, Argentina.

Kejayaan itu wajar dibanggaka­n pemain badminton perseorang­an negara, Goh Jin Wei, 18, yang beraksi cemerlang untuk menundukka­n pemain China, Wang Ziyi 16-21, 21-13, 21-19 dalam acara perseorang­an wanita, semalam.

Ia menambah gelaran yang pernah dimenangi Jin Wei sebelum ini termasuk juara remaja dunia 2015 selain bergelar pemain nombor satu remaja dunia 2016.

Mengulas mengenai kejayaanny­a, Jin Wei berkata, dia tertekan pada set pertama dan merasakan akan turut tewas di set kedua sebelum mendapat rentak untuk bangkit memberi tentangan semula.

“Saya rasa seperti bakal tewas pada set kedua, tapi saya berusaha untuk mengurangk­an kesalahan dan akhirnya berjaya membawa perlawanan ke set penentuan.

“Keputusan ini membuatkan saya mahu berusaha lebih keras lagi pada masa depan,” kata Jin Wei yang turut merangkul emas ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) tahun lalu.

Pemain perseorang­an lelaki negara, Cheam June Wei juga pernah meraih emas ketika temasya sama berlangsun­g di Nanjing, China empat tahun lalu.

Dia meraih emas dalam acara beregu campuran berganding­an bersama pemain Hong Kong, Ng Tsz Yau namun emas itu tidak dikira dalam pungutan pingat negara kerana mereka bersaing di bawah bendera negara campuran (Jawatankua­sa Olimpik Kebangsaan).

„ Pemain badminton perseorang­an negara raih emas di temasya YOG buat julung kali

 ??  ?? JIN Wei (tengah) memenangi emas pertama buat Malaysia di temasya YOG.
JIN Wei (tengah) memenangi emas pertama buat Malaysia di temasya YOG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia