Harian Metro

DIHAMBAT BADI

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

„ Ben Leong malang berganda di lubang 10, 11, 12, manakala Jeremiah bergelut

pada penampilan sulung

Lubang 10, 11 dan 12 nyata menjadi badi buat Ben Leong apabila bogey dan bogey berganda di lubang berkenaan sekali lagi mencemari pusinganny­a dan semalam, dia terpaksa berpuas hati dengan satu bawah par 71.

Ben, 32, menamatkan pusingan ketiga CIMB Classic pada tujuh bawah par 209 keseluruha­n selepas mencatat 68-70-71 untuk terikat di tangga ke-38 bersama-sama Jason Dufner dan Ted Potter Jr dari Amerika Syarikat (AS) serta Satoshi Kodaira dari Jepun.

“Tidak ada apa yang berubah. Lubang 10, 11 dan 12 memang badi buat saya,” kata Ben. “Anda mungkin mencatat birdie di sana tetapi bogey pula di lubang lain.”

Pemain profesiona­l Jelajah Asia itu bermain dalam

(gambar)

kumpulan sama juara kejohanan utama, Stewart Cink yang mencatat sembilan bawah par 63 di lapangan TPC Kuala Lumpur semalam dan pemenang tiga kejuaraan Jelajah Asia tahun ini, John Catlin.

“Ia langsung tidak kelihatan seperti sembilan bawah par. Dia membuatkan­nya nampak mudah,” kata Ben ketika ditanya mengenai permainan Cink. “Saya belajar beberapa perkara daripadany­a.”

Seorang lagi pemain negara, Jeremiah Kim Leun Kwang terus bergelut pada penampilan sulungnya di kejohanan dalam siri Jelajah PGA itu apabila mencatat enam atas par 78 dan keseluruha­n 14 atas par 230 untuk berada di tangga tercorot daripada 78 pemain.

Sementara itu, kelompok pendahulu dihuni tiga pemain menjelang aksi terakhir hari ini apabila bintang Jelajah Asia, Shubhankar Sharma berjaya menyelitka­n dirinya.

Pemain India itu berkongsi kedudukan dengan pemain Amerika Syarikat (AS), Gary Woodland dan Marc Leishman yang mengumpul 19 di bawah par 197 selepas melakar enam di bawah par 66, semalam.

 ??  ?? JEREMIAH
JEREMIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia