Harian Metro

Brazil bergelut benam Saudi

-

Riyadh: Brazil bergelut sebelum menang 2-0 ke atas tuan rumah, Arab Saudi selepas mempamerka­n prestasi hambar dalam perlawanan persahabat­an di Riyadh, awal pagi semalam.

Pemain Manchester City, Gabriel Jesus meledak gol pembukaan Brazil pada minit terakhir babak pertama dan Alex Sandro pula menanduk kencang bola sepakan sudut Neymar untuk gol kedua, enam minit sebelum perlawanan tamat.

Brazil dijadualka­n berdepan seteru utama, Argentina pada Selasa ini.

Khamis lalu, Argentina yang beraksi tanpa pemain utama, Lionel Messi menumbangk­an Iraq 4-0 dalam satu lagi aksi persahabat­an.

Brazil perlu lebih berhati-hati dalam pertembung­an Selasa ini di Jeddah, selepas mereka gagal beraksi dengan baik ketika menentang Saudi. Bahkan, tuan rumah hampir meledak jaringan pada minit keenam, namun diselamatk­an Casemiro.

Jesus yang terlepas perlawanan ketika Brazil menang 2-0 ke atas Amerika Syarikat (AS) dan El Salvador (5-0) bulan lalu, meraikan kepulangan­nya ke pangkuan pasukan kebangsaan dengan menjaringk­an gol di babak pertama perlawanan.

Penjaga gol Saudi, Mohammed Al Owais menyelamat­kan percubaan menerusi tandukan, namun bola muntah itu pantas disambar Neymar dan menolak bola ke arah Jesus untuk menjaringk­an gol pada minit ke-43.

Saudi menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Al-Owais dibuang padang, 10 minit sebelum wisel penamat kerana memegang bola di luar kotak penalti selepas menerima tekanan Richarliso­n. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia