Harian Metro

Lukaku julang Red Devils SEPI TANPA PENYOKONG

- AFP

Brussels: Bintang Manchester United, Romelu Lukaku meledak dua gol untuk membantu Belgium mengekalka­n momentum kemenangan dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah, apabila menewaskan Switzerlan­d 2-1, pagi semalam.

Apabila Lukaku merobek gawang gol pada minit ke-58, ia kelihatan seperti hadiah kemenangan daripada barisan kendalian Roberto Martinez kepada penolong jurulatih Belgium, Thierry Henry.

Henry yang pernah meraih Piala Dunia bersama Perancis, kini membantu skuad Belgium mengharung­i perlawanan terakhir sebelum beliau berhijrah ke kelab Monaco. Beraksi di Stadium King Baudoin, pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia itu bagaimanap­un tersentak apabila Switzerlan­d menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-76.

Penyokong mula bersorak apabila Mario Gavranovic melepasi kawalan Thibaut Courtois untuk menjaringk­an gol selepas penjaga gawang Real Madrid itu bertembung dengan Nico Elvedi ketika cuba menyelamat­kan tandukan Xherdan Shaqiri.

Namun, pada babak terakhir menyaksika­n tuan rumah kembali menghidupk­an peluang apabila Lukaku menjaringk­an gol kemenangan, enam minit sebelum perlawanan tamat.

Belgium melakar kemenangan kedua dan kini mendahului carta Liga A, Kumpulan 2 berikutan kemenangan 3-0 mengatasi

Iceland, sebelum ini.

- AFP

Pengurus Croatia, Zlatko Dalic menyifatka­n keputusan seri 0-0 dengan England dalam Liga Negara-Negara Eropah, awal pagi semalam sebagai hari ‘menyedihka­n’ buat bola sepak apabila penonton dilarang menyaksika­n perlawanan.

Croatia melengkapk­an penggantun­gan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), selepas simbol swastika kelihatan di padang perlawanan ketika pertemuan kelayakan Euro 2016 menentang Itali, tiga tahun lalu.

Perlawanan menentang England kali ini lebih menarik kerana ia bagaikan mengulangi aksi separuh akhir Piala Dunia di Russia beberapa bulan lalu.

“Suasananya tidak mudah untuk semua orang. Ia hari yang menyedihka­n untuk bola sepak, tetapi harapnya ia adalah kali terakhir buat kami,” kata Dalic.

“Bola sepak dimainkan untuk peminat. Menyedihka­n apabila pasukan di tangga kedua dan keempat di Piala Dunia bermain dalam stadium tertutup. Saya tidak tahu apakah kebaikan daripadany­a.”

Beraksi dalam stadium yang kosong, penyerang Marcus Rashford terlepas dua peluang baik untuk membolehka­n England membalas dendam kekalahan mereka kepada Croatia di Moscow, 93 hari lalu.

Eric Dier dan Harry Kane turut menggegar palang buat pelawat yang menikmati penguasaan permainan dalam suasana yang aneh.

“Saya fikir ia adalah perlawanan yang kami sepatutnya menang,” kata pengurus England, Gareth Southgate.

“Kami mempunyai aliran perlawanan yang baik untuk tempoh masa yang lama. Persembaha­n pada babak kedua adalah cemerlang, kami yang memberi tekanan sehingga penghujung perlawanan dan mungkin pada hari yang berbeza kami tidak akan mensia-siakan peluang itu.”

Begitupun, sekumpulan kecil peminat England tetap berusaha untuk menyaksika­n perlawanan di stadium berkapasit­i 8,000 tempat duduk itu apabila memanjat bukit bagi memberi sokongan.

“Kami dapat mendengar suara mereka dari atas bukit,” kata Dier.

„ Dalic kecewa sekadar seri berdepan England,

Croatia lengkapkan hukuman gantung UEFA

 ??  ?? GAVRANOVIC
LUKAKU (kiri) rai jaringan bersama rakan sepasukan.
DALIC
SOUTHGATE
GAVRANOVIC LUKAKU (kiri) rai jaringan bersama rakan sepasukan. DALIC SOUTHGATE
 ??  ?? RASHFORD (tengah)
robek gawang Croatia.
RASHFORD (tengah) robek gawang Croatia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia