Harian Metro

OTOT SALAH BERMASALAH

- AFP

„ Bintang Liverpool terpaksa dibawa keluar

selepas ledak gol menerusi sepakan sudut

Bintang Liverpool, Mohamed Salah meledak gol menerusi sepakan sudut sebelum terpaksa dikeluarka­n akibat kecederaan ketika Mesir menewaskan eSwatini 4-1 pada kempen kelayakan Negara-Negara Afrika, awal pagi semalam.

Penyerang itu memegang kakinya pada penghujung perlawanan Kumpulan J di Kaherah dan kembali bermain selepas menerima rawatan tetapi kemudian digantikan.

Bercakap selepas perlawanan, pembantu jurulatih Mesir, Hany Ramzy memberitah­u BeIN Sports: “Diagnosis awal doktor pasukan mengatakan ia adalah ketegangan otot. Ia tidak koyak, saya fikir ia tidak serius.”

Jurucakap jabatan perubatan pasukan memberitah­u laman web www.Kooora.com:

“Dia (Salah) mengalami ketegangan yang ringan, kami akan melakukan imbasan secepat yang mungkin.

“Saya meragui dia boleh bermain pada Selasa depan. Kami akan mendapat kepastian selepas imbasan,” katanya mengulas perlawanan timbal balik menentang eSwatini di Manzini.

Selepas menyumbat 44 gol pada musim pertamanya di Anfield, Salah hanya menjaringk­an tiga gol setakat ini.

Dia meledak dua gol dan terlepas dua penalti ketika juara tujuh kali Afrika itu membelasah Niger 6-0 pada satu lagi aksi kelayakan, bulan lalu.

Dengan eSwatini (sebelum ini dikenali sebagai Swaziland) berada di ranking lebih rendah berbanding Niger, timbul jangkaan Salah akan kembali mengganas di Stadium Al Salam.

Begitupun, gol yang dicari-cari Salah hanya hadir pada minit ke-45 selepas tiga jaringan yang diledakkan lebih awal menerusi Ahmed El Mohamady, Amr Warda dan Trezeguet.

Gol sagu hati pelawat dijaringka­n Sibonginko­si Gamedze.

Sementara itu, pertahanan Manchester United, Eric Bailly turut meledak gol ketika Ivory Coast menewaskan Republik Afrika Tengah 4-0.

 ??  ?? SALAH (tengah) melarikan bola pada perlawanan antara Mesir dan eSwatini, kelmarin.
SALAH (tengah) melarikan bola pada perlawanan antara Mesir dan eSwatini, kelmarin.
 ??  ?? PEGAWAI perubatan membawa Salah (kanan) keluar padang selepas mengalami kecederaan.
PEGAWAI perubatan membawa Salah (kanan) keluar padang selepas mengalami kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia