Harian Metro

Tun Mahathir cabar layak Piala Dunia

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menanam impian untuk melihat pasukan bola sepak negara melangkah ke saingan Piala Dunia satu hari nanti.

Dalam ucapannya sempena Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan semalam, Tun Mahathir membanding­kan pencapaian pasukan bola sepak negara dengan

(gambar)

Korea Selatan dan Jepun yang dianggap jauh lebih bagus.

“Dulu Malaysia terkenal handal dalam bola sepak, terutama ketika bersaing dalam Pestabola Merdeka. Orang lain tak pandai main bola sepak, orang Jepun tak tahu, orang Korea tak tahu, kita saja yang pandai (ketika itu).

“Kita main bola sepak pakai but (kasut bola), mereka main kaki ayam tapi sekarang ini yang kaki ayam itu yang bertanding dalam Piala Dunia. Malaysia yang pakai but tak dapat masuk pun (Piala Dunia),” katanya.

Justeru, Tun Mahathir berharap pasukan bola sepak negara menanam tekad tinggi dan sentiasa berusaha bagi mengejar impian untuk ke Piala Dunia.

“Saya yakin rakyat Malaysia boleh melakukann­ya, cuma perlu berusaha sedikit. Kalau nak jadi juara dalam bola sepak, kena berlatih banyak kali.

“Percayalah jika berlatih banyak kali, kita akan menjadi handal. Insya-Allah satu hari Malaysia akan bermain dalam Piala Dunia dan mencatat kemenangan. Kita boleh, Malaysia Boleh!” katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau menerima cabaran dilemparka­n Perdana Menteri itu untuk meningkatk­an mutu bola sepak negara hingga melangkah ke Piala Dunia.

“Itu memang satu cabaran dan saya akan sahut. Cabaran itu menunjukka­n Tun Mahathir memang prihatin dengan perkembang­an sukan negara.

“Kita memang nak lihat ini berterusan dan insya-Allah kita boleh bergerak bersama,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia