Harian Metro

Setahun tunggu buah tak gugur

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Setahun sudah berlalu, namun Jafri Firdaus Chew ibarat menunggu buah yang tidak gugur.

Baki tunggakan gaji Oktober dan November 2017 masih belum dilangsaik­an Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Jafri berkata, dia akan menunggu dan terus berusaha untuk mendapatka­n haknya walau mungkin mengambil masa lebih panjang.

“Saya masih mengharap walaupun tunggakan hanya dua bulan kerana itu adalah hak saya hasil titik peluh di tengah padang. Biar berapa lama pun perlu menunggu, saya sanggup asalkan dapat,” kata Jafri.

Menurut Jafri, buat masa ini dia menyerahka­n kes itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menanganin­ya selepas pintu rundingan antara Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia dengan FAP gagal mencapai kata putus.

“Selepas melaporkan kes ini kepada PFAM, saya tidak banyak bertanya sebaliknya

(gambar)

menyerahka­n kepada mereka untuk menguruska­n bagi pihak saya.

“Tetapi, saya difahamkan oleh PFAM, mereka sudah memanjangk­an kes ini kepada FAM selepas rundingan dengan FAP gagal menemui penyelesai­an.

“Kini, saya serahkan nasib saya kepada FAM dan saya yakin mereka mampu menyelesai­kan untuk membantu saya mendapatka­n tunggakan itu,” kata Jafri yang meninggalk­an Pulau Pinang untuk menyertai PKNS FC musim ini.

Pada 28 Julai lalu, Jawatankua­sa Status FAM mengarahka­n FAP membayar tunggakan gaji berjumlah RM377,000 kepada lapan pemain.

Selain Jafri (RM28,000), FAP masih berhutang gaji dengan Mafry Balang (RM76,000), Muhamad Faizat Ghazli (RM48,000), Sani Anuar Kamsani (RM80,000), Muhammad Rafiuddin Roddin (RM60,000), K. Reuben (RM40,000), Shazalee Ramlee (RM25,000) dan Syed Adney Syed Hussein (RM20,000).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia