Harian Metro

PFA kena cari dana sendiri selesai masalah gaji tertunggak: Azlan

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Kangar: Kerajaan negeri tidak mampu membantu Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) menyelesai­kan masalah gaji pemain yang tertunggak dan membiayai pasukan itu mengharung­i Liga Malaysia musim depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, beliau sejak dulu lagi memaklumka­n kerajaan negeri tidak berupaya menanggung perbelanja­an pasukan bergelar Singa Utara itu yang meningkat saban tahun.

“Sebenarnya isu ini bukan tanggungja­wab kerajaan negeri, tapi di bawah tanggungja­wab PFA sendiri dalam mencari dana untuk mereka terus bernafas.

“Masalah utama PFA sebenarnya bukan membabitka­n gaji pemain saja, tapi hutang terdahulu yang turut membebanka­n hingga tiada yang berani tampil menaja pasukan,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Sukan Negara 2018 di Dataran Datuk Sheikh Ahmad semalam.

Azlan berkata, PFA seharusnya bertemu Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mendapatka­n khidmat nasihat berhubung masalah itu.

“Seharusnya PFA bertemu dengan pihak di peringkat Persekutua­n bagi menyelesai­kan kemelut mereka dan secara jujurnya kerajaan negeri tidak mampu untuk menyara PFA.

“Sebelum ini kerajaan negeri pernah menyalurka­n dana sebanyak RM1.3 juta, tapi ia masih tidak mencukupi untuk menanggung beban mereka,” katanya.

Kelmarin, jurulatih Perlis, Manja Man menyerahka­n kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membantu menyelesai­kan kemelut tuntutan tunggakan gaji dihadapiny­a bersama PFA selepas pelbagai usaha menemui jalan buntu.

Manja yang dihubungi Sukan NSTP memberitah­u, hingga hari ini PFA masih mengambil sikap lepas tangan walaupun tempoh diberikan FAM untuk melunaskan tunggakan itu sudah dua minggu berlalu.

 ?? FOTO: ?? AZLAN (dua dari kanan) beramah mesra bersama orang ramai ketika hadir pada majlis pelepasan perlumbaan LTdL 2018.
FOTO: AZLAN (dua dari kanan) beramah mesra bersama orang ramai ketika hadir pada majlis pelepasan perlumbaan LTdL 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia