Harian Metro

M ‘BIAR KAMI URUSKAN’

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

emindahkan kuasa kepada kerajaan negeri (desentrali­sasi) adalah pilihan lain bagi mengatasi masalah pemberian dokumen kepada pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk dokumen Orang Asing Khas (IMM13), di Sabah.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu sudah disuarakan kepada Kerajaan Persekutua­n.

“Itu yang saya suarakan, (lebih) baik kalau kita desentrali­sasi supaya kita kenal siapa orang Sabah (penduduk tempatan) dan kita boleh rujuk ketua kampung. Kadangkala, bila mereka memohon (dokumen) sampai ke Kuala Lumpur, saya tidak rasa pegawai di sana kenal siapa mereka (pemohon).

“Sebaliknya, kalau kita diberi desentrali­sasi untuk Sabah dan begitu juga (cadangan) mengeluark­an semula (MyKad), ia adalah pilihan lain yang kita perlu kita lihat untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang baik,” katanya selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan

Mohd Shafie usul negeri diberi kuasa keluar dokumen penduduk, pendatang

Tritahunan Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) di sini, semalam.

Mohd Shafie mengulas perkara itu ketika ditanya berhubung pendirian UPKO supaya semua kad pengenalan di Sabah ditarik balik dan diberi kepada mereka yang layak mengikut Perlembaga­an dan undang-undang.

Berhubung pemberian IMM13 kepada anak pemegang dokumen itu baru-baru ini, Mohd Shafie berkata, perkara itu di luar pengetahua­n kerajaan negeri.

“Saya tidak tahu, tiada perbincang­an dalam Kabinet. Dalam mesyuarat Majlis Keselamata­n Negeri baru-baru ini, kami tidak sentuh perkara itu, hanya bincang bagaimana pertingkat­kan keselamata­n.

“Saya tidak boleh jelaskan perkara ini kerana ia bawah Kementeria­n Dalam Negeri, tetapi kalau ia membabitka­n PATI, tidak harus kita layan,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, nilai kerjasama UPKO sebagai rakan kongsi perlu ada supaya suara rakyat Sabah dapat direalisas­ikan termasuk berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Dalam MA63, hubung kait hak-hak tuntutan Sabah seperti termaktub dalam Perkara 20 atau perjanjian terdahulu bukan hanya didengar, juga dapat direalisas­ikan.

“Apa yang kita lakukan ini berteraska­n landasan permuafaka­tan dan rundingan kita lakukan secara baik supaya kerajaan pusat dapat penuhi apa yang dikehendak­i rakyat Sabah,” katanya.

 ??  ?? MOHD Shafie menerima cendera hati daripada Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau, pada majlis perasmian persidanga­n perwakilan pertubuhan itu, semalam.
MOHD Shafie menerima cendera hati daripada Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau, pada majlis perasmian persidanga­n perwakilan pertubuhan itu, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia