Harian Metro

Hari Sukan Sarawak capai sasaran penyertaan

-

Kota Samarahan: Penganjura­n Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak 2018 semalam, mencapai sasaran dengan 80,000 penyertaan membabitka­n peserta pelbagai lapisan umur dalam acara sukan diadakan.

Pengarah Belia dan

Sukan Negeri, Mohd Nizam Ismail berkata, sebanyak 177 acara sukan dirancang bagi peringkat negeri pada tahun ini.

“Berdasarka­n maklum balas positif daripada pelbagai lapisan masyarakat, Hari Sukan Negeri yang memasuki edisi keempat penganjura­n serentak di seluruh negara berjaya mencapai matlamat.

“Bagi Sarawak, penyertaan dalam Hari Sukan Negara membabitka­n penyertaan 40,000 anggota masyarakat pada peringkat negeri, manakala 40,000 peserta lagi pada peringkat bahagian dan daerah,” katanya pada perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Pusat Beli-Belah

The Summer Mall, di sini semalam.

Aksi berani terjunan anggota menggunaka­n tali dari tingkat atas pusat beli -belah itu menjadi gimik perasmian ternyata memukau orang ramai yang hadir.

Majlis diserikan juga dengan kehadiran peninju negara, Sapok Biki dan ahli sukan bina badan,

Buda Anchah, selain acara senamrobik beramairam­ai, demonstras­i seni pertahan diri oleh anggota Markas Satu Divisyen

Kem Muara Tuang dan persembaha­n lompat tali untuk jantung oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan.

Kata Mohd Nizam, bagi Bahagian Samarahan, sebanyak 20 acara dijalankan membabitka­n futsal, badminton, catur, ping pong dan gusti lengan.

“Penganjura­n Hari

Sukan Negara bermatlama­t memupuk budaya sukan dalam kalangan semua lapisan masyarakat di negara ini.

“Dengan adanya aktiviti sebegini, negara dapat melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat sekali gus membantu dalam proses pembanguna­n,” katanya.

 ?? FOTO ?? PESERTA acara senamrobik giat beraksi pada majlis perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Negeri di The Summer Mall, semalam.
FOTO PESERTA acara senamrobik giat beraksi pada majlis perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Negeri di The Summer Mall, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia